Langgan

6 Cafe Aesthetic Baru Untuk di Cuba Bulan Ini

Senarai cafe baru yang wajib anda cuba!
2 minit untuk membaca
Published: January 10, 2025

Kala anda sedang sibuk merancang aktiviti hujung minggu ini, apa kata pergi meneroka cafe baru untuk permulaan. ELLE senaraikan 7 cafe Instagramable sekitar Lembah Klang yang mesti anda teroka.

Noto Cafe, Subang Jaya

Terletak sekitar kawasan perumahan di SS19, Subang Jaya, cafe nōto mempertaruhkan rekaan dalaman minimal ala Jepun. Jika anda di sana, pastikan untuk mencuba tiramisu dan strawberry match tart mereka. It's to-die-for!

Alamat: 4, Jln SS19/6, Ss 19, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: 8am hingga 6pm

Forest Cloud, Petaling Jaya

Jika matcha adalah minuman go-to anda, jadi tempat ini wajib untuk anda kunjungi! Cafe Forest Cloud juga membekalkan biji kopi dan matcha ke sekitar cafe-cafe di Malaysia, dan pada asalnya cafe ini terletak di sebuah bangunan bersejarah di George Town, Penang sebelum membuka cawangan utama mereka di Petaling Jaya. Interesting!

Alamat: Lot 8239, Jalan 222, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi: 10am hingga 6pm

Fiancee KL, Dutamas

Interior dalaman cafe Fiancee KL serba moden lagi estetik ini pastinya mencuri perhatian para cafe goers. Selain itu, anda juga boleh mendapati pelbagai pilihan pastri yang akan membuatkan pengunjung rambang mata dan bakal menjadi spot kegemaran untuk makan brunch mahupun tea time. Luangkan masa sehingga makan petang, kerana menu lunch mereka juga tidak menghampakan!

Alamat: The MET Corporate Towers, No. 20, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan, 50480 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 8am hingga 8pm

Tomo Tomo Cafe, Subang Jaya

Cafe yang dibuka sejak Oktober tahun lalu ini menjadi spot hangout yang santai terletak berhadapan tasik menghadap bangunan Holiday Villa Subang Jaya. Tomo Tomo cafe menawarkan menu makanan Jepun seperti curry katsu don, bonito onigiri dan bermacam lagi.

Alamat: Unit 5, PARC Hub, Taman Subang Ria, 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu operasi: 7:30am hingga 5pm

Seoul Espresso, Damansara Uptown

Cafe berinspirasikan Korea? Check. Minuman kopi yang sedap? Check. Tiramisu lembut bak awan? Check. Cafe Seoul Espresso di Damansara Uptown merupakan outlet kedua mereka selepas membuka cawangan pertama di Mont Kiara.

Alamat: Damansara Uptown, 47400 Petaling Jaya, Selangor

Waktu operasi:

Weekday: 8am hingga 5pm

Weekend: 10am hingga 5pm

Feeling + by Optimist Coffee, The Five Damansara Height

Kini beralamat baru, cafe Feeling+ by Optimist Coffee di Intermark Mall menawarkan pelbagai seleksi menu makanan disamping mengekalkan kualiti minuman mereka yang menjadi kegemaran pencinta kopi. Cafe ini juga mempunyai suasana tenang dan minimal, sempurna jika anda mahu berehat sebentar daripada hiruk pikuk kota untuk sesi me time.

Alamat: Tingkat Concourse, Intermark Mall, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, KL

Waktu operasi: 8am hingga 8pm

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down