Langgan

Georgina Rodriguez Memukau Dalam Kempen Hujung Tahun GUESS 2024

Daripada Netflix ke arena fesyen, Georgina Rodriguez menghiasi GUESS Holiday 2024
2 minit untuk membaca
Published: December 19, 2024

Sudut pandangan GUESS mendekati hujung tahun ini berpusat pada personaliti televisyen serta model asal Argentina, Georgina Rodriguez. Dinamik gaya serta segala susuk jijak Georgina sesungguhnya membahasakan peri jenama GUESS – simbol kewanitaan Georgina yang dikatakan cukup teguh dan keberanian imejnya mencerminkan kecemerlangan. Kejituan sifat ini sememangnya mengidealkan visi GUESS.

georgina Rodriguez

Menyunting Georgina sebagai rakan kerjasama baharu untuk koleksi hujung tahun 2024, mengkhayalkan kita pada gambaran keperkasaan wanita, sofistikated dan styled to perfection. Dalam kempen baharu GUESS ini, Georgina menggayakan seberhana pakaian serta aksesori daripada himpunan koleksi hujung tahun, termasuklah kot musim dingin paras buku lali dengan kolar dan tali pinggang lebar. Dia juga dilihat menyarung jaket shaggy hair, dress bercorak cetakan motif haiwan dan dipersiapkan dengan kasut but paras lutut, stilettos, beg tangan serta aksesori. 

georgina Rodriguez

Syot-syot kempen fesyen koleksi hujung tahun ini direalisasikan oleh fotografer yang sudah lama bersatu biduk dengan jenama GUESS yakni Nima Benati, yang berjaya menggarapkan keterserlahan karakter Georgina, menghidupkan kombinasi keserian personalitinya dengan pembayangan percutian glamor, kewanitaan yang tak makan dek zaman dan elegan. 

Melanjutkan lagi bicara tentang kempen koleksi hujung tahun GUESS, Nima bermain dengan konsep siri imej berwarna dan hitam putih, merantai perhatian kita kepada citra minimal dengan kualiti gambar yang warm dan menekankan aspek magis Hari Krismas. Seperti apa yang dinyatakan oleh Paul Marciano, selaku Ketua Pegawai Kreatif GUESS, memilih Georgina Rodriguez adalah pilihan sempurna. Keyakinan, kecantikan serta keanggunan yang ada pada Georgina sealiran senada dengan kemahuan GUESS. “Bekerja dengan Georgina sepanjang tahun membekalkan suatu pengalaman yang menakjubkan dan kempen baharu ini mendatangkan jaya dengan menjelmakan rupa ikonik Georgina, lantas meletakkan jenama GUESS ke depan,” jelas Paul Marciano. 

Umpama tiada kekurangan pabila memilih Georgina sebagai teraju utama kempen GUESS. Kerana pengaruhnya serta kehebatannya menawan peminat-peminat segenap dunia menerusi siri Netflix, ‘I Am Georgina’ menjadikan Georgina figura terbaik untuk mewajahi GUESS. “Craftsmanship dan rekaan koleksi hujung tahun GUESS membuatkan saya rasa glamor dan senada dengan selera saya. Saya berbangga kerana menjadi sebahagian daripada famili GUESS,” kata Georgina. 

georgina Rodriguez
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down