Maison Kitsuné mempersembahkan koleksi musim Luruh/Sejuk 2024 yang diinspirasikan daripada kelasakan gaya hidup outdoor, direka untuk fesyen kekinian di kota. Setiap helaian dalam koleksi ini membawa nafas segar kepada stail elegan warga hip kota. Jaket padded, tartan knits dan motif camouflage diolah dengan sisipan gabungan stail dan inovasi ekplorasi outdoor tanpa had.
Stail kasual untuk gaya harian
Walaupun kasual, namun masih tampak stylish! Kuncinya adalah pada penataan gaya seperti teknik layering mudah seperti tambahan kemeja ataupun jaket untuk tampil lebih bersiap. Padanan rona neutral dan biru juga subtle dan sedap mata memandang.
Denim for days
Hari malas bersiap? Sarungkan denim sahaja! Mudah, fashionable dan trendy. Sejujurnya, anda tidak akan tersalah gaya dengan mengenakan outfit denim. Tingkatkan persalinan anda dengan menyuntik rona untuk tampil lebih wow.
Nude is the new black
Rona nude pastinya trend rona wajib untuk musim luruh/sejuk. Sesuatu tentang rona ini yang buatkan anda tampak chic daripada kebiasaan rona hitam, selain ia juga mudah untuk dipadu padankan bersama item fesyen yang lain.