Langgan

Jonathan Bailey Dan Kisah Cinta Segi Tiganya

Dearest gentle reader...
2 minit untuk membaca
Published: December 1, 2024
Gambar: Instagram/ @jbayleaf

Bagi mereka yang masih belum mengenali jejaka tampan Jonathan Bailey, you’re so far behind! Tiba masanya untuk anda bangun dan mengenali pelakon dengan bakat luar biasa ini. Nama Jonathan melonjak naik dan menjadi pilihan para gadis, melalui wataknya sebagai Anthony Bridgerton dalam siri Netflix, Bridgerton. Walaupun Duke of Hastings menjadi tumpuan utama pada musim pertama, musim kedua dan ketiga menandakan era buat Anthony Bridgerton. Drama ini diadaptasikan daripada siri buku karya Julia Quinn, tidak hanya mencapai kejayaan besar tetapi juga memperkukuhkan status Jonathan Bailey dalam industri.

Jonathan Bailey dua kali terjerat dalam cinta tiga segi

Sebagai abang sulung kepada keluarga Bridgerton, Anthony membawa daya tarikan yang memukau dan kompleksiti emosi yang mendalam. Wataknya mempunyai cita-cita tinggi dan bersikap berani namun dia tetap bergelut dengan beban tanggungjawab keluarga dan pencarian cinta sejati. Musim kedua Bridgerton memberi fokus kepada cinta segi tiga yang rumit antara Anthony, Kate Sharma (Simone Ashley) dan Edwina Sharma (Charithra Chandran).

Kisahnya bermula apabila keluarga Sharma kembali ke England dari India dan Anthony mula terpukau dengan keanggunan Edwina. Dia mula menaruh harapan dan percaya bahawa Edwina (diamond of the season) adalah pasangan sempurna buatnya. Namun, Anthony mula hilang arah apabila dia mendapati dirinya turut tertarik kepada Kate, kakak kepada Edwina. Ini adalah cinta segi tiga yang penuh ketegangan memandangkan ia melibatkan saudara kandung. Walaupun Anthony dan Kate cuba menafikan perasaan mereka, usaha itu hanya membakar api keinginan, membawa kepada penyatuan mereka dalam ikatan perkahwinan.

Namun, kisah Jonathan Bailey tidak terhenti di situ. Beliau terus terjebak dalam dilema cinta segi tiga, kali ini dalam dunia yang berbeza dan watak yang baru. Kini, Jonathan memainkan watak Fiyero dalam filem muzikal Wicked dan baru sahaja ditayangkan di pawagam baru-baru ini. Fiyero adalah seorang pemuda yang lahir dari keluarga berstatus tinggi. Dia merupakan jejaka yang sangat terkenal dan disanjung tinggi sepanjang pengajiannya di Universiti Shiz. 

Daya tarikannya memikat perhatian ramai, termasuk Glinda (Ariana Grande) dan Elphaba (Cynthia Erivo). Pada awalnya, Fiyero dilihat sebagai pasangan yang sempurna untuk Glinda, kedua-duanya penuh dengan keanggunan dan sangat popular. Elphaba, di sisi lain, merasa terpinggir dan menyedari bahawa dia bukan pilihan gadis yang ideal untuk Fiyero, seperti yang terungkap dalam nyanyiannya "I’m Not That Girl". Namun, takdir berputar apabila Fiyero mulai merasakan sesuatu yang lebih terhadap Elphaba. Pada penghujung filem Wicked, Fiyero dilihat mengunci pandangannya terhadap Elphaba sahaja, mengabaikan Glinda.

Sebagai penonton, saya turut tidak sabar menantikan bagaimana drama cinta segi tiga ini akan berkembang dalam Wicked Part Two. Adakah jalan ceritanya akan berbeza dengan versi Broadway yang asli atau adakah ia akan menunjukkan kisah asal yang lebih mendalam? Apa pun yang terjadi, kita hanya perlu bersabar dan menunggu kerana kisah cinta segi tiga Jonathan Bailey ini pasti menjanjikan drama!

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down