Pertandingan pencarian celebrity look-alike semakin popular di seluruh dunia selepas trend ini meletup di internet sejak pertandingan pencarian seiras Timothée Chalamet yang dianjurkan oleh YouTuber Anthony Po di Manhattan pada 27 Oktober yang lepas, mencetuskan inspirasi kepada peminat untuk menganjurkan acara serupa bagi selebriti kegemaran mereka. Check out senarai selebriti yang tergolong dalam pertandingan yang menerujakan ini!
Timothée Chalamet
Ribuan hadir untuk menyertai pertandingan Timothée Chalamet look-alike tanpa mengetahui apa-apa tentang acara itu sehinggakan polis terpaksa untuk mengeluarkan arahan untuk orang ramai bersurai. Namun mereka dikejutkan dengan kemunculan Chalamet, sehinggakan pertandingan itu menjadi viral!
BTS Jungkook
Antara pertandingan celebrity look-alike yang paling hype adalah pencarian wajah seiras penyanyi kumpulan BTS, Jungkook yang diadakan 24 November yang lalu di Ping Tom Park, Chicago. Pemenang menerima sebotol soju dan wang $20 sebagai hadiah. Rata-rata peminat yang menyertai pertandingan ini mempamerkan pakaian streetstyle, tatu, dan tindikan untuk meniru gaya Jungkook.
Andrew Alexander, seorang YouTuber dengan 260,000 subscriber memenangi pertandingan tersebut dimana dia sebelum ini pernah menarik perhatian ARMY (fandom BTS) empat tahun lalu dengan video YouTube untuk mengubah penampilannya menjadi mirip Jungkook.
Nicholas Saputra
Bukan sahaja di negara Barat, malah rakyat Indonesia juga menyertai keseronokan trend ini dengan mengadakan pertandingan mencari individu berwajah mirip pelakon popular Indonesia, Nicholas Saputra. Pemenangnya, Bobo memenangi hadiah wang tunai berjumlah RP500,000 sekitar RM140 dek wajahnya yang mirip pelakon Ada Apa Dengan Cinta Itu.
Glen Powell
Trend celebrity look-alike berterusan dan baru-baru ini, Glen Powell merupakan selebriti terkini menjadi taruhan dan acara ini diadakan di kampung halamannya, Austin, Texas. Menariknya, Powell menawarkan kemunculan khas dalam filem terbarunya kepada peserta yang menang sebagai sebahagian daripada hadiah utama. Things just got serious!