Langgan

Aksesori Lifestyle Pilihan ELLE Bulan November

Yang terkini dan terhangat bulan ini.
2 minit untuk membaca
Published: November 26, 2024

ELLE senaraikan item lifestyle paling hot bulan November untuk senarai mesti beli hujung tahun ini. Daripada lampu meja estetik ke phone casing eksklusif, kami himpunkan segalanya untuk anda. Let's get to it!

Phone Casing OPPO x Maison Kitsuné

Jika anda pengguna telefon bimbit OPPO Find X8 Series, produk ini adalah khas untuk anda. Koleksi kolaborasi istimewa antara OPPO dan jenama lifestyle Perancis, Maison Kitsuné mengeluarkan koleksi edisi terhad dan live wallpaper eksklusif bertemakan "Find Your Fox", terhad kepada 2,000 muat turun seluruh dunia dan boleh didapati di aplikasi OPPO Theme Store dari 25 November hingga 5 Disember 2024.

Phone casing OPPO Find X8 Series menampilkan logo haiwan musang comel dan disertai cincin magnetik dengan wireless charging serta didatangi dalam kotak hadiah istimewa. Tersedia dari 30 November 2024, anda boleh dapatinya secara percuma dengan setiap pembelian OPPO Find X8 atau X8 Pro di stor OPPO terpilih dan OPPO TikTok Shop.

Lampu Meja Bottega Veneta x Flos

Bottega Veneta bekerjasama dengan jenama lampu mewah Itali, Flos untuk menghasilkan meja lampu ikonik Gino Sarfatti Model 600 yang pertama kalinya dihasilkan pada tahun 1912, tahun yang sama Bottega Veneta ditubuhkan. Interpretasi Model 600 terbaru ini menampilkan tapak material kulit signature Bottega Veneta Intrecciato dan dalam edisi Intreccio Foulard.

Rekaan inovasi yang diperhebatkan dengan teknologi LED terkini sambil mengekalkan bentuk mentol lampu asal, aksesori rumah unik ini sesuai untuk kegunaan lantai mahupun meja, memberikan pencahayaan yang tepat, lembut dan menenangkan. Lampu Gino Sarfatti Model 600 ini boleh didapati dalam saiz kecil dan besar, dan dalam pelbagai rona seperti hitam, kelabu, merah, hijau zamrud dan hijau signature Bottega Veneta.

Koleksi Aksesori Telefon Y2K 4eva Samsung

Stail ikonik bertemu rekaan inovatif. Pelancaran koleksi Y2K 4eva Samsung bukan sekadar aksesori, tetapi juga kapsul masa yang mengimbau kembali kenangan zaman remaja yang menerujakan, mendetikkan cinta kita kepada teknologi ketika ia masih segar dan baharu. Koleksi aksesori telefon bercirikan elemen bold, nostalgik, motif disko dan back-to-school vibe yang pastinya mencuri perhatian anda.

Jam Tangan Kesihatan D2 HUAWEI

Jam tangan D2 HUAWEI membawa pemantauan tekanan darah 24 jam terus ke pergelangan tangan anda. Jam tangan ini menggunakan beg udara untuk mengembang dan mengukur tekanan darah pada selang waktu tertentu dengan peringatan pintar sepanjang hari, serta pengukuran tidur pada waktu malam. Ia menyokong pengukuran dalam pelbagai situasi, termasuk berdiri, duduk atau posisi separuh berbaring pada waktu siang, serta pengukuran dalaman automatik pada waktu malam.

Dilengkapi dengan sensor tekanan berketepatan tinggi, pam mini, dan beg udara yang boleh mengembang untuk menyediakan pengukuran vital dan tekanan darah yang tepat, jam tangan D2 HUAWEI tidak terlepas sebarang detik. Feature seperti pengukuran Analisis ECG Beat-by-Beat3, Pemantauan SpO24, Analisis Aritmia Gelombang Denyutan5, Kadar Jantung6, Tahap Stres7, dan Suhu Kulit, membawa pengurusan kesihatan menyeluruh ke pergelangan tangan pengguna untuk membantu mengenal pasti risiko kesihatan.

Pra-tempahan kini dibuka sehingga Jumaat, 29 November 2024, memberi peluang kepada peminat teknologi dan kecergasan untuk menjadi antara yang pertama mengalami peranti luar biasa ini, lengkap dengan hadiah eksklusif pra-tempahan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down