Uniseks dan versatil, denim adalah inovasi fesyen yang melopori trend sejak sekian lamanya, dan ia juga bagaikan MVP dalam wardrobe anda. Jadi denim adalah idea yang hebat untuk dijadikan bingkisan hadiah istimewa untuk diberikan kepada insan tersayang sempena musim perayaan ini. Sama ada ia adalah jaket denim, mahupun sepasang jeans, jenama ikonik Levi's ada segalanya.
Hari 1: With love, from me to me, 501® Original
Jika anda baru mula untuk berjinak-jinak untuk memakai denim, ELLE sarankan untuk bermula dengan sepasang jeans 501® Original. Item fesyen ikonik ini merupakan jeans go-to para selebriti seperti Jacob Elordi dan Austin Butler kerana konstruksi rekaannya yang versatil untuk semua bentuk tubuh.
Hari 2: Kardigan Bomber Untuk Gaya Lebih Cool
Fit dan potongan kardigan yang agak boxy dengan material tidak terlalu tebal outerwear ini mudah untuk dipadu padankan bersama apa jua stail outfit. Ia menambah sentuhan effortlessly cool kepada gaya harian anda.
Hari 3: Set Silver Trucker & Skirt
Kombo denim-on-denim adalah gaya padan styling paling mudah untuk tampil fashionable tanpa memerlukan usaha yang berlebihan. ELLE approves!
Hari 4: Kemeja Ikonik Western Optikal Ilusi
Stail western menjadi cool sejak Bella Hadid menjalin cinta bersama cowboy boyfriend, Adan Banuelos. Levi's tampil dengan foil silver western shirt untuk kelainan lebih moden yang mesti ada dalam senarai hadiah musim perayaan ini!
Hari 5: Stylish Mengenakan Jackson Worker Overshirt
Jika pasangan anda sering menggayakan kemeja plaid, dan merasakan sudah tiba masanya untuk si dia menukar dengan yang baharu, ELLE cadangkan kemeja daripada Levi's ini yang bukan sahaja tahan lasak malah praktikal kerana mempunyai poket utiliti di bahagian dada.
Hari 6: Santai dan stylish menggayakan Ellia Tank Dress
Dress midi untuk cuaca panas di Malaysia? Groundbreaking. Rekaan sleeveless dan potongan slim cipta ilusi ramping yang semua wanita dambakan.
Hari 7: Tampil sofistikated dalam blaus Laura Levi's
Very demure, very cutesy. Fabrik kapas flowy bercetak floral menciptakan sisi lembut nan feminin kepada si pemakai. *add to cart*
Hari 8: 90's Ribcage Wide-Leg Jeans
Jika anda diberi pilihan untuk memakai satu stail jeans untuk seumur hidup, celana denim yang mana menjadi pilihan anda? ELLE obses dengan jeans stail wide-leg kerana ia memberi ilusi kaki panjang bak model!
Hari 9: Baju-T Polos Berlogo
Helaian klasik yang tidak akan ketinggalan dek zaman. Baju-T adalah pilihan yang sempurna untuk dijadikan hadiah untuk si dia.
Hari 10: Denim Wide-Leg Jumpsuit
Enter your cool-girl-era. Trend denim jumpsuit kini kembali dan stail vest tampak lebih stylish apabila anda gayakan bersama sepatu tinggi.
Hari 11: 568 Loose Straight Jeans
Ucapkan selamat tinggal kepada skinny jeans, katakan helo kepada jeans berstail loose cut. Potongan seluar baggy berinsipirasikan daripada stail 90an ini hebat untuk dijadikan sebagai jeans harian anda.
Hari 12: Grafik Tee Vintaj
Trend datang dan pergi, dan baju-T grafik kini membuat comeback! Stail brat summer semakin melopori stail fesyen masa kini menjadikannya hadiah musim perayaan yang menarik!
Koleksi ini boleh didapati di semua butik Levi’s di seluruh negara dan secara online mulai November 2024.