Langgan

Sesi Styling GUESS Bersama Yazmin Aziz, Hariz Hamdan & Frost Yaw

GUESS dan ELLE Malaysia bekerjasama, menggayakan workshop styling untuk rangkaan musim luruh/dingin 2024
2 minit untuk membaca
Published: November 12, 2024
yazmin aziz

Selepas pelancaran besar-besaran majalah ELLE Malaysia yang berlangsung pada awal Oktober lalu di The Exchange TRX, pengaktifan interaksi dengan pembaca-pembaca terpilih serta selebriti-selebriti lokal diteruskan. Antara yang menjadi tumpuan termasuklah woksyop penataan gaya bersama jenama GUESS – ‘Bengkel Styling Bersama GUESS’ bersama Yazmin Aziz, Hariz Hamdan dan Frost Yaw. Dikendalikan oleh editorial team ELLE Malaysia, yakni Pengarang Pengurusan, Ardi Idewani dan Pengarah Kecantikan Bersekutu, Amira Azman, yang mengepalai lebih daripada 20 orang pembaca terpilih serta selebriti dan pempengaruh lokal. 

Woskyop styling GUESS musim luruh/dingin 2024 diserikan oleh Yazmin Aziz, Hariz Hamdan & Frost Yaw

Sesi woksyop penataan gaya bersama GUESS diadakan di bahagian sentral The Exchange TRX, lokasi utama acara pelancaran dan pameran utama, mempersembahkan idea penataan gaya helaian-helaian GUESS serta GUESS By Marciano musim luruh/dingin 2024. Yazmin Aziz, Hariz Hamdan dan Frost Yaw diundang sebagai model-model utama, mempamerkan setiap penggayaan.

Mereka menggayakan helaian-helaian terbaru musim luruh/dingin 2024, setiap seorangnya muncul dengan tiga konsep imej yang berbeza-beza untuk occasion tertentu. Yazmin yang menyarung himpunan GUESS untuk wanita menampilkan gaya kasual, ke gaya kerja dan gaya inspirasi gen Z.

Manakala Hariz yang memakai himpunan GUESS untuk lelaki mempamerkan versatility gaya berlibur ke gaya kasual sehinggalah gaya layerings. Frost pula melengkapi diri dalam GUESS By Marciano, tampil dalam gaya kerja, gaya evening dan gaya semi formal. 

yazmin aziz

Usai sesi penataan gaya, tetamu-tetamu yang diundang dibawa pula ke butik GUESS di The Exchange TRX yang terletak di aras satu untuk sesi walkthrough pulaMereka diperkenalkan dengan setiap seksyen di dalam butik dan berpeluang untuk menerokai bahagian-bahagian utama - bahagian pakaian wanita, pakaian lelaki, aksesori dan malah, seksyen GUESS By Marciano.

pada kesempatan itu, dikejutkan lagi oleh cabutan bertuah tiga pemenang utama untuk memenangi jam tangan daripada rangkaian GUESS Watches – bersempena ulang tahun ke-40 GUESS Watches. 

Antara figura-figura ternama yang hadir adalah sebarisan pelakon, personaliti serta pempengaruh Fiqrie Dahari, Melissa Th’ng, Gajen Chandra, Cabi, Aznie Azmi, Alisya Basree, Alex Gun, Erin CTJ dan Janet Nimundele. 

Topics: ,
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down