Langgan

Terokai Tribut Istimewa Buat Catherine Dior

Dior mempersembahkan bagpack terbaharu dalam rangkaian Dior Caro.
1 minit untuk membaca
Published: November 10, 2024
Dior caro
Gambar: Dior

Meskipun nama Catherine atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Caro’ masih asing bagi ramai, rumah fesyen Dior sentiasa menghargai peranan pentingnya dalam membentuk kehidupan abangnya, Christian Dior. Untuk menghormati warisan dan ikatan erat ini, Dior mempersembahkan sebuah aksesori terbaharu dalam rangkaian Dior Caro, yakni The Backpack yang turut dilancarkan sebagai pelengkap koleksi Dior Cruise 2025. 

Dior caro
Gambar: Dior

Keluaran terbaharu ini menggabungkan keanggunan abadi dan kemewahan utilitarian yang sememangnya sinonim dengan identiti Rumah Dior. Beg ini menampilkan motif ikonik macrocannage yang disulam rapi di atas permukaan kulit lembut, menyerlahkan elemen elegan yang boleh dikenali dari jauh. Selain itu, beg ini turut dilengkapi perincian mewah termasuk inisial ‘CD’ berwarna emas, tali boleh laras untuk keselesaan dan pemegang logam bulat berlapis emas berukir tanda ‘Christian Dior’. 

Jisoo
Jisoo
Gambar: Jisoo menggayakan The Backpack dari Instagram/ @sooyaaa__

Objek yang menjadi idaman ramai wanita ini boleh didapati dalam rona klasik hitam, powder beige dan denim blue. Beg ini turut tersedia dalam dua saiz yakni kecil dan sederhana, menjadikannya aksesori yang mampu melengkapi kegunaan sepanjang hari, ke mana sahaja destinasi yang dituju.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down