Langgan

Labubu Charms: Aksesori Terkini Paling Trendy

Segalanya tentang Labubu charms yang anda patut tahu.
2 minit untuk membaca
Published: November 3, 2024
Labubu heart
Gambar: Instagram/ @iamhearte

Very cutesy! Itulah yang terlintas di fikiran penulis apabila pertama kali melihat figura Labubu. Kisah Labubu ini bermula pada tahun 2015 apabila ilustrator Kasing Lung mencipta siri The Monsters hasil pengaruh dari mitologi Nordik. Suku monster ini termasuk Zimomo, Tycoco, Spooky, Pato dan semestinya, Labubu (watak pertama yang dicipta oleh Lung).

Pada tahun 2019, Kasing Lung menjalinkan kerjasama bersama syarikat mainan Pop Mart, membawa konsep pembelian blind format. Konsep ini mengekalkan elemen misteri sehingga kotak itu dibuka (menambah keterujaan dan debaran setiap kali unboxing). Strategi ini cukup bijak kerana ia membuatkan peminat tidak henti-henti membeli sehingga mendapat versi yang mereka idamkan.

lisa labubu
lisa labubu

Tahun ini, populariti Labubu melonjak naik hasil pengaruh ikon K-pop, Lisa Blackpink. Bintang ini kerap berkongsi gambar di media sosial bersama figura kesayangannya, memikat hati jutaan peminat global dan mengangkat statusnya menjadi item viral yang harus dimiliki. Lisa turut memadankan beg tangannya dengan Labubu charms. 

Apa itu Labubu?

Labubu adalah watak elf dan sebenarnya seorang gadis dalam cerita asal. Ia memiliki telinga tinggi yang runcing, sembilan gigi bergerigi dan tidak mempunyai ekor. Wajahnya menampilkan ekspresi nakal dan unik. Mari kita kenali figura ini!

Labubu charms
Gambar: Instagram/ @chomismaterialgirl

V1: The Monsters - Tasty Macarons Vinyl Face Blind Box

Labubu charms ini hadir dalam posisi berdiri dengan kepala, tangan dan kaki yang boleh digerakkan. Ia dilengkapi dengan pengait cincin berwarna emas untuk memudahkan penyesuaian pada aksesori. 

1. Lychee Berry

2. Toffee

3. Sesame Bean

4. Green Grape

5. Sea Salt Coconut

6. Soymilk

7. Secret: Chestnut Cocoa dengan hidung merah. (kebarangkalian dapat 1:72)

V2: The Monsters - Have A Seat Vinyl Plush Blind Box

Versi kedua ini berbeza dengan yang pertama. Seperti namanya, siri ini hadir dalam posisi duduk dengan kepala, tangan, dan kaki yang juga boleh digerakkan. Antara perbezaan paling menonjol jika dibandingkan dengan V1 adalah penggunaan bahan yang lebih lembut dan berbulu, serta pengait cincin dan tag yang hadir dalam warna sepadan dengan patung. Selain dari itu, V2 turut mempunyai tiga ekspresi berbeza yang jauh lebih menarik: mata terbuka, berkelip, dan mata tertutup.

1. Sisi - kuning

2. Dada - merah jambu

3. Zizi - ungu

4. Hehe - kelabu

5. Baba - coklat muda

6. Quwu - hijau

7. Secret: DuoDuo - coklat (kebarangkalian dapat 1:72)

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down