Langgan

Konsep Masa Hadapan Alia Bastamam Di Pentas Dubai

Alia Bastamam debut di pentas Dubai Fashion Week, mempersembahkan 'Odyssey Act III : Future'
2 minit untuk membaca
Published: October 30, 2024

“Apa yang istimewanya himpunan ‘Odyssey Act III : Future’ ini? Ia adalah mesej saya untuk wanita-wanita di luar sana agar tidak mengenal erti takut menjadi diri sendiri. Pakai apa sahaja yang anda mahu pakai. Nikmati hidup seperti mana anda mahu menikmatinya,” jelas Alia Bastamam. Setelah mementaskan ‘Odyssey Act I : Past’ dan ‘Odyssey Act II : Present’ di New York dan Kuala Lumpur, Alia Bastamam mengangkut ‘future’ ke debut mereka di Dubai Fashion Week. 

alia bastamam

Jelajah Alia Bastamam ke Dubai, menggemilangkan kehebatan fesyen Asia atau jenama lokal Malaysia di arena Timur Tengah. Berjaya menemukan sukses di luar jangkaan, pementasan 'Odyssey III : Future' menggarap pembangunan jenama - dari masa kelahiran jenamanya sehinggalah kedewasaannya.

Fikiran Alia Bastamam pula tertuju kepada sesuatu yang keluar daripada khayalan, “Kami mahu menjayakan ‘Odyssey Act III : Future’, yang memandang prospek jenama ini.”

alia bastamam

'Odyssey III : Future' tentang apa yang mendatang di Alia Bastamam

Pemerkasaan dan kebebasan adalah kata kunci himpunan ‘Odyssey Act III : Future’. Alia seakan pengembara masa, yang mengunjungi hari kemudian dan pergi dengan azam yang berbekal semangat positif untuk disampaikan kepada wanita-wanita Alia Bastamam. Ia adalah prarasa Alia sewaktu membuahkan ilham rekaannya kali ini, kerana dalam kotak fikirannya, dia mahu mengisi halaman tema rekaannya dengan kisah introspeksi wanita yang menyempurnakan perjalanan – dari masa lampau, masa kini dan masa hadapan. 

Tema ini sangat beralas. Kerana seiringan dengan setiap langkah yang lanjut kedewasaan. “The past was all about collecting memories. Masa kini pula berkaitan dengan kepastian keberadaan jenama kami. Dan masa hadapan (dalam ‘Odyssey Act III : Future’) adalah pandangan tentang staying power Alia Bastamam,” sambung Alia. 

alia bastamam

Fragmen-fragmen ‘Odyssey’ memperlihatkan kebezaan. Jika dibandingkan dengan himpunan ‘Act I’ dan ‘Act II’, ‘Act III’ meneroka eksperimental dari aspek pola dan fabrik. Fabrik, jenis-jenis lisu, teknik sulaman dan perincian, yang kesemuanya berlainan daripada sebelum-sebelum ini, bergilir keluar di atas pentas musim bunga / panas 2025. Alia malah mengutamakan konsep siluet dekonstruksi, longgar dan volume, diserasikan dengan citra sensual. Contohnya, look 18 yang menukar siluet jaket bomber,tidak tampil seperti jaket bomber yang kita biasa lihat. Kerana Alia memadukan ia dengan konsep manipulasi pola (terutamanya pada bahagian fastening) yang mendedahkan bahagian midriff dan menjelmakan imej seksi. 

Menyentuh tentang pemilihan Scha Al-Yahya menutup pentas musim bunga / panas 2025 kerana kecocokan susuk jijak Scha dengan jenama Alia Bastamam. Mekarnya Scha sebagai seorang individu itu umpama mendasari ilham ‘Odyssey’. “Saya sudah bekerjasama dengan Scha sejak 14 tahun yang lalu…sebelum saya ada butik lagi!” Kata Alia. Maka, kedewasaan Scha dilihat sebagai simbol perjalanan jenama Alia Bastamam dan atas faktor itulah, Scha seyogianya disunting menjadi muse utama. 

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down