Langgan

SneakerLAH Kembali Untuk Tahun ke 8 di MITEC 2 - 3 November Ini!

Acara tahunan SneakerLAH yang pastinya anda tidak mahu ketinggalan!
1 minit untuk membaca
Published: October 29, 2024

SneakerLAH, acara lifestyle sneaker terbesar di Malaysia, kembali untuk tahun ke lapan, dan juga merupakan kali ketiga buat U Mobile untuk kembali sebagai Penaja Utama Rasmi. Acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh para peminat sneaker akan diadakan di MITEC (Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia) pada 2-3 November 2024, dengan pelancaran koleksi sneaker eksklusif, pengalaman intreaktif unik, dan hiburan tanpa henti.

Dengan kerjasama U Mobile, SneakerLAH mengadakan pertandingan Custom Try-On Nike Air Force 1 (AF-1) menerusi feature AR 360° yang mengujakan, berlangsung dari 27 Oktober hingga 27 November. Menggunakan penapis AR yang inovatif, peminat boleh “mencuba” AF-1 yang direka khas oleh artis mural dan sneaker EDNA CREATIONZ secara maya. Untuk memenangi hadiah sepasang kasut sneaker, peserta mesti memuat naik gambar mereka yang paling kreatif dengan penapis AR di media sosial. Selain itu, U Mobile akan memberikan ganjaran kepada 500 pengunjung pertama yang memakai baju berwarna oren dengan merchandise edisi terhad U Mobile x SneakerLAH. Pelanggan U Mobile juga boleh menikmati layanan VIP, termasuk akses ultra-fast dan peluang untuk memenangi hadiah bernilai RM33,000!

Tahun ini, SneakerLAH bekerjasama dengan platform e-sukan lokal GamesMY untuk memperkenalkan E-SportsLAH, tambahan baharu yang menampilkan gaming tournaments, watch parties, dan all-star showmatches khas untuk sneakerheads dan peminat gaming.

Acara ini juga akan menampilkan pelancaran eksklusif ASICS Skyhand OG “Mamee Monster”, koleksi kolaborasi istimewa antara SneakerLAH, ASICS dan jenama snek lokal kegemaran Mamee. "Rekaan quirky dan unik koleksi ini pastinya akan mencipta senyuman kepada pemilik sneaker mahupun yang melihatnya," kongsi pengasas SneakerLAH, Bryan Chin.

Tiket Masuk Umum: RM30

Tiket VIP: RM80

E-SportsLAH upgrade add-on: RM20

Pemegang tiket VIP boleh memasuki acara 2 jam lebih awal sebelum kemasukan umum dan akan mendapat sepasang stoking SneakerLAH untuk percuma.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down