Langgan

Bakeri KLCG Kembali, Kini Di Ampang!

Mereka kini kembali dengan lokasi yang lebih menarik untuk pengunjung mereka
2 minit untuk membaca
Published: November 12, 2024

Kafe atau bakeri KLCG kegemaran ramai yang dahulunya berlabuh di Dataran Merdeka kini telah berlayar ke lokasi baru, yakni di Ampang. Di sini, pengunjung dapat menjamu selera seperti pastri panas yang menyelerakan, disertai dengan pelbagai hidangan lain yakni sajian barat dan kopi yang menyegarkan. Kafe yang sentiasa meriah ini pasti menarik ramai pengunjung, jadi kami saran untuk anda datang awal agar dapat menikmati waktu bersama keluarga dan rakan tanpa perlu beratur panjang!

bakeri klcg

Gambar: eatdrinkkl.com

Apa yang membuatkan kafe ini terkenal, khususnya, adalah pastri Cromboloni mereka, yang telah menjadi buah bicara di kalangan netizen, sehingga menyebabkan orang beratur panjang untuk merasainya.Tambahan lagi popularitinya melonjak di TikTok, lantas ramai pengunjung datang ke KLGG semata-mata untuk merasai keenakan pastri ini. Selain itu, rasa yang sungguh sedap dan unik juga menjadi salah satu elemen utama mengapa orang sentiasa kembali untuk menikmati hidangan yang ditawarkan.

bakeri klcg

Gambar: havehalalwilltravel.com


Menurut pengasas KLCG, "KLCG bukan sekadar sebuah bakeri —ia adalah sebuah perayaan, sumber keselesaan dan tempt untuk menikmati momen indah. Bayangkan anda menggigit, merasai croissant yang rangup di luar dan lembut di dalam, atau sepotong kek yang meleleh di mulut". Ini menunjukkan bahawa setiap pastri yang dihasilkan oleh KLCG mempunyai nilai ketersendirian. Matlamat mereka adalah untuk memastikan pelanggan menikmati setiap gigitan, memuaskan deria rasa dan pulang dengan senyuman.

bakeri klcg

Gambar: eatdrinkkl.com

Kunjungi Bakeri KLCG yang kini berada di Ampang dan alami suasana baru yang segar! Dengan reka bentuk yang menarik dan persekitaran yang selesa, setiap sudut mencipta pengalaman unik yang pastinya memikat hati. Nikmati pastri yang lazat sambil merasai keistimewaan Bakeri KLCG dalam suasana yang menyenangkan.

Untuk Maklumat Lanjut:

Lokasi: 204A, Jln Ampang, Kampung Datuk Keramat, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waze: KLCG Ampang

Masa: Isnin-Ahad (9 pagi - 6 petang)

No Telefon: +6012-389 3907

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down