Langgan

Fesyen Vintaj Simone Ashley bersama Prada 2011

Simone Ashley menghidupkan kembali nostalgia di Minggu Fesyen Milan, ketika menghadiri pesta eksklusif Prada.
2 minit untuk membaca
Published: September 22, 2024
Simone ashley
Gambar: Instagram/ @simoneashley

Salah satu soalan yang sering menghantui editor fesyen adalah: "Apa koleksi Prada kegemaran anda sepanjang zaman?" Soalan ini hampir mustahil dijawab. Namun, andai ditanya kepada pakar fesyen, ramai akan sepakat memilih koleksi musim bunga/panas 2011.

Koleksi ikonik ini, diinspirasi oleh era jazz, memukau seluruh industri dengan penggunaan warna neon terang, garisan berjalur, serta aksesori seperti platform brogue dan kacamata bulat. Dalam kalangan pencinta fesyen, mereka meletakkan musim ini sebagai lambang Prada sepanjang zaman.

Simone ashley
Gambar: Instagram/ @simoneashley

Antara yang turut menyetujui kenyataan ini adalah pelakon terkenal, Simone Ashley. Selepas menghadiri Festival Filem Cannes, bintang Bridgerton ini tampil di Minggu Fesyen Milan untuk menyaksikan pertunjukan Prada musim bunga/panas 2025 dan turut menghadiri after-party jenama itu. Untuk pertunjukan tersebut, beliau memilih gaun hitam minimalis dengan hiasan bunga elegan yang berfungsi sebagai rantai (sangat praktikal), namun semua mata lebih tertumpu kepada gaun vintaj yang dipakainya di makan malam after-party tersebut.

Prada ss11
Gambar: Instagram/ @pipbourdillon & Spotlight Launchmetrics

Pelakon berusia 29 tahun ini memilih penampilan ke-11 dari koleksi musim bunga/panas 2011, yang merupakan salah satu gaun paling ikonik dengan motif jalur dengan sedikit gathers pada hujung skirt. Versi Simone hadir dalam kombinasi hijau dan kuning klasik yang dihiasi perincian illustratif yang bergerak dari pinggang ke sisi gaun serta menukar sepasang brogue asal dengan slingbag Prada klasik, memberikan sentuhan moden pada penampilan vintajnya.

Pemilihan gaun vintaj daripada koleksi musim bunga/panas Prada 2011 oleh Ashley sangat bertepatan dengan waktunya, dan mungkin bukan kebetulan. Ini kerana, kasut dari koleksi 14 tahun lalu itu telah dipersembahkan semula dalam pertunjukan musim bunga/panas 2025. Pencinta fesyen pasti akan mendapatkan semula item-item ikonik dari musim bunga/panas 2011 ini dengan mencari semula di aplikasi seperti Carousell. Gaya vintaj tidak pernah kelihatan sebegini segar dan moden.

Artikel asal dari ELLE UK

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down