Langgan

5 Jenama Fesyen Lokal Cool Yang Mesti Anda Tahu dan Support

Jenama-jenama lokal ini patut ada dalam radar fesyen anda tahun ini.
2 minit untuk membaca
Published: September 12, 2024

1. House of Antara

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No feed found.

Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No feed found.

Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No feed found.

Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.

This error message is only visible to WordPress admins

Error: No feed found.

Please go to the Instagram Feed settings page to create a feed.

House of Antara, sebuah jenama Malaysia yang mengambil inspirasi daripada warisan, diasaskan dan diterajui oleh Deborah Woong dan Allie Jong. Storytellers by birth, kedua-dua wanita kreatif ini membina label House of Antara sebagai saluran kreatif bagi medium penceritaan mereka; Deborah seorang artis dan ilustrator, manakala Allie pula meminati syair dan merupakan seorang designer. Lebih mesra dipanggil Deb dan Allie, mereka bekerjasama untuk mencipta jalan cerita, setiap koleksi mereka menceritakan tafsiran khusus mengenai mitologi Asia Tenggara dan Malaysia sebagai fokus utama.

2. Behati

Jenama fesyen tempatan yang tidak pernah kering daripada mencetus buah mulut, Behati adalah sebuah jenama fesyen tempatan yang miliki aesthetic bold. Kel Wen, the genius di sebalik jenama ini, tahu bagaimana untuk pull the crowd. Lihat sahaja bagaimana Behati mempersembahkan koleksi mereka di KLFW 2024 baru-baru ini. Mengambil inspirasi daripada elemen lokal seperti batik dan warna-warna bendera Malaysia, terus terciptanya koleksi Behati Merdeka.

3. GHOSTBOY

Ditubuhkan pada tahun 2020, GHOSTBOY adalah label fesyen yang lahir di Kuala Lumpur, meraikan sustainability dalam setiap rekaan mereka dengan menggunakan fabrik recycle. Jenama ini juga mendapat perhatian Gen Z kerana konsep rekaannya ke arah Y2k, gothic dan futuristik.

4. Motoguo

Pakaian gender-neutral kian mendapat sambutan, terutama sekali dikalangan Gen Z. Jenama-jenama kini lebih terbuka dalam penciptaan pakaian mereka, dan Motoguo antara label fesyen tempatan yang meneraju konsep ini sejak tahun 2015 lagi. Ekspresi kreatif di sampaikan menerusi percikan rona, rekaan unik dan kempen yang sinikal tapi romantik.

5. Huntilanak

Kredit foto: Huntilanak

Huntilanak yang timbul daripada mitologi Asia dan idea koleksinya yang bersumberkan topeng tradisional Asia Tenggara menggunakan bahan kitar semula, mฤ…ka terciptanya 'Monster'. Monster menurut pereka fesyen jenama ini, Ryan Alexander, menggambarkan falsafah "trust the process". Setiap butiran dan nuansa berkembang secara organik sehinggalah Monster terbentuk, menerusi setiap jahitan. Label fesyen yang dilancarkan pada tahun 2023 ini membawa fesyen ke sebuah peringkat yang tinggi dengan menaruhkan wearable art.

Kredit foto utama: Motoguo

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down