Langgan

Sukan Pickleball, Aktiviti Riadah Viral Untuk Anda Cuba

Sukan Pickleball kini menjadi fenomena viral, memikat ramai dengan keseronokan dan keunikannya.
2 minit untuk membaca
Published: September 5, 2024

Pickleball yang dikenalkan pada tahun 1965 oleh Joel Pritchard, Bill Bell, dan Barney McCallum di Pulau Bainbridge, Washington telah menggoncang dunia sukan dengan kemunculannya semula sebagai aktiviti riadah viral pada tahun ini. Terkenal dengan gabungan unik antara tenis, badminton, dan ping-pong, pickleball kini mencuri tumpuan golongan muda di Malaysia yang teruja untuk rasa pengalaman permainan yang dinamik dan menyeronokkan.

Gambar: @picklesocialclub.co

Sukan ini juga telah menjadi fenomena viral di media sosial, terutamanya di Tik Tok. Video-video yang menunjukkan aksi permainan yang mengujakan dan keseronokan yang dirasai oleh pemain telah menarik perhatian ramai orang. Trend ini menyebabkan banyak pengguna Tik Tok berminat untuk cuba sukan ini dan sertai komuniti pickleball. Dengan cara permainan yang mudah dipelajari dan menyeronokkan, pickleball menjadi pilihan popular bagi mereka yang ingin cuba sesuatu yang baru dan berkongsi pengalaman mereka di platform sosial.

Kuala Lumpur ialah destinasi popular untuk bermain pickleball, dengan beberapa lokasi terkenal seperti Kompleks Sukan Bukit Kiara, The Curve Sports Arena, Pusat Sukan Universiti Malaya, dan The Courts At KLGCC Resort. Tempat-tempat ini menyediakan kemudahan lengkap dengan gelanggang pickleball yang direka khas, menawarkan pengalaman permainan yang menarik dan memuaskan.

Gambar: @picklesocialclub.co

Kenapa Anda Perlu Cuba Pickleball Ini?

Bukan sahaja ia menyeronokkan tapi pickleball juga dapat bantu tingkatkan kemahiran sosial dan keyakinan diri anda. Semasa bermain, anda akan berpeluang untuk bersosial dan berinteraksi dengan pemain lain dalam court yang terbuka itu. Jadi ini peluang terbaik kalau anda mahu kenal orang yang baru.

Gambar: @picklesocialclub.co

Pickleball juga adalah sukan yang sesuai untuk semua peringkat usia, menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti keluarga pada masa lapang. Dari kanak-kanak hinggalah warga emas, semua orang boleh rasa keseronokan dan menyertai permainan ini tanpa mengira tahap kecergasan mereka. Walaupun nampak santai, pickleball sebenarnya memberikan latihan kardiovaskular yang sangat berkesan untuk meningkatkan stamina, kekuatan otot, dan keseimbangan.

Gambar: @picklesocialclub.co

Dengan pelbagai faedah yang ditawarkan dan popularitinya yang semakin ‘hot’ di media sosial, pickleball adalah aktiviti yang tidak boleh anda lepaskan. Jadi, ambil raket anda, ajak rakan-rakan dan keluarga sertai komuniti pickleball yang sedang viral ini. Siapa tahu, anda mungkin akan menemui pengalaman baru dan persahabatan yang tak akan dilupakan!

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down