Langgan

Bright, KARINA Representasi Bintang Asia Yang Mendominasi Buana Fesyen Musim Ini

Bintang-bintang Asia begitu agresif mewajahi jenama-jenama fesyen musim luruh / dingin kali ini. Jenama-jenama fesyen menyusun figura-figura ternama, antaranya Bright, KARINA dan NINGNING!
2 minit untuk membaca
Published: August 30, 2024

Tidak alang-alangan mengolah tema kempen fesyen. Idea jenama-jenama fesyen bergejolak, bermain dengan jalinan cerita yang merangsang visual kita – banyak menerokai susuk jijak serta keperibadian figura-figura yang menghiasi muka depan kempen. Contohnya, menjual peri easy cool si selebriti wanita ataupun arketaip keyakinan acuh tak acuh si lelaki yang menjadi kegilaan anak muda masa kini untuk mendasari ilham kempen fesyen, malah keterserlahan visual mengangkat nama menjadi duta jenama. 

Apa yang menarik adalah, keterbukaan jenama-jenama fesyen yang sekarang lebih universal, menerobos ke buana Asia dan mempercayai wajah-wajah Asia untuk membintangi kempen-kempen utama mereka dan menjadi duta jenama! Cukup membanggakan. Dominasi wajah-wajah Asia tidak berantaraan, representasi yang bisa memperluas dimensi fesyen. Ayuh lihat siapa bintang-bintang Asia yang meronai kempen fesyen dan dipilih menjadi duta jenama. 

Bright Untuk Kempen Calvin Klein 

bright

Diarahkan oleh AJ Duan dan gambar diambil oleh Park Jong Ha, Bright sekali lagi disunting menjadi wajah utama untuk kempen Calvin Klein musim luruh 2024. Imej Bright direalisasikan di dalam studio yang lengkap dengan latar berona biru hijau tepu. Bright nampak seksi menggayakan jean baharu, dengan kemeja T berlogo dan outerwear denim. Gambaran tersebut lantas memanifestasikan aras keyakinannya yang kelihatan santai dan stail yang bersahaja. Siluet-siluet utama Calvin Klein musim luruh 2024 ditampilkan oleh Bright, seperti 90s Straight Jeans, Monologo Tee, Modern Cotton Air Trunks, 90s Trucker Jacket dan Relaxed Archive Logo Tee. 

NINGNING Dalam Kempen Kleio Daripada Versace

bright

Idola K-pop dan ahli kumpulan aespa, NINGNING membintangi kempen rangkaian beg tangan Kleio daripada Versace. Perwatakan NINGNING yang cool ease dengan keyakinan diri  tinggi dirakamkan dalam potret yang kelihatan mesra, ditambah lagi sifat coolness beg tangan Kleio. NINGNING bergaya bersama beg tangan Kleio, menggambarkan beg tangan tersebut sebagai keperluan harian yang seraya melengkapi helaian Versace musim luruh dingin 2024 yang dipakai olehnya. 

KARINA Jadi Duta Jenama PRADA!

Mengekor kejayaan kumpulan aespa yang disunting beberapa jenama antarabangsa, KARINA pun antara yang ikut jejak langkah sama. Sudah tentu, takkan menolak tuah jenama antarabangsa seperti Prada, lantas KARINA diangkat sebagai duta gobal jenama tersebut. Keterserlahan imejnya serta karisma bila beraksi di atas pentas dan versatility menjadikan diri KARINA sebagai pilihan terbaik Prada. Tidak ketinggalan juga, pengaruh kuat kumpulan aespa dalam industri hiburan juga menjadi salah satu faktor pemilihan. 

Jackson Yee Wajah Baharu Kempen ‘Lightstar’ Golden Goose

Memiliki ajnas bakat seperti boleh menyanyi, menari dan berlakon menjadikan Jackson yee seorang bintang Asia nombor satu! Kreativiti Jackson membuatkan dirinya diangkat untuk melunaskan janji sebagai duta serta wajah utama kempen fesyen jenama Golden Goose kali ini. Jackson yang begitu komited terhadap kesenian dan kecintaannya kepada bidang seni, senada dengan nilai serta matlamat jenama Golden Goose. Pendekatan yang tidak gentar pada pembaharuan dan eksplorasi dunia kreatif mencerminkan keserasian dengan identiti jenama ini. Jackson melambangkan sifat kepimpinan dan keaslian yang kena dengan kemahuan era baharu, menegapkan lagi faktor pemilihannya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down