Langgan

Trend 2024: Corak Kulit Haiwan

Dari savana ke kota raya, corak kulit haiwan mendominisasi keunikan gaya bandar.
2 minit untuk membaca
Published: August 27, 2024

Sangat bertentangan dengan gaya minimalis, corak kulit haiwan kembali dengan berani ke dalam adegan fesyen 2024. Gaya yang tidak pernah mati ini menjadi tumpuan utama musim ini di mana-mana tempat termasuklah di pentas peragaan fesyen, karpet merah serta menjadi pilihan gaya jalanan ramai selebriti terkenal.

Berikut merupakan antara corak cetakan kulit haiwan yang popular dalam dunia fesyen:

1. Harimau Bintang

Cetakan harimau bintang mempunyai tompok rosette yang dikelilingi oleh bulatan tebal berwarna gelap dengan pusat yang lebih cerah. Ia menjadi terkenal pada tahun 1930-an selepas muncul dalam filem Tarzan the Ape Man dan masih popular hingga kini.

2. Kuda Belang

Cetakan kuda belang popular pada tahun 1970-an menjadi simbol dalam budaya pop, sering muncul di media dan film. Ia terdiri daripada jalur hitam panjang yang padat di atas latar belakang putih.

3. Reptilia

Cetakan reptilia mula diperkenalkan dalam fesyen pada tahun 1800-an. Cetakan buaya menampilkan skala kecil yang tidak teratur, manakala cetakan ular mempunyai corak kecil dipanggil pigmen, memberikan warna pada kulit ular. Kedua-dua cetakan ini sering digunakan dalam aksesori seperti beg, tali pinggang, dan kasut, serta kadang-kadang pada pakaian.

Sama ada anda suka ataupun tidak, cetakan kulit haiwan pasti akan menjadi pernyataan fesyen yang kekal abadi, tidak lenyap ditelan zaman. Dari busana mewah hingga pakaian kasual, corak ini membawa elemen berani dan unik yang dapat memperkaya setiap penampilan diri anda. Corak ini terus menjadi pilihan yang relevan dan menarik dalam dunia fesyen, menggabungkan keanggunan klasik dengan sentuhan gaya moden.

Justeru, salah satu aspek menarik trend kali ini merupakan kemunculan corak haiwan yang telah diolah menjadi lebih artistik dengan pelbagai pilihan fabrik menarik. Rekaan fesyen ini bukan sekadar mencerminkan kulit haiwan secara langsung, tetapi juga memanipulasi warna dan tekstur untuk mencipta ilusi visual yang lebih menarik. Bukan sekadar dalam bentuk pakaian tetapi juga aksesori, memberi perincian menonjol dengan cara yang baru dan segar.

Jadi, jika anda berani untuk mempertingkatkan fesyen harian anda, outfit cetakan haiwan ini adalah pilihan yang tepat! Terdapat pelbagai reka bentuk menarik dengan corak kulit haiwan yang boleh dipilih musim ini, yang pastinya sesuai dengan citarasa masing-masing. Dengan tekstur dan corak yang mencuri perhatian, anda pasti akan menjadi tumpuan walau di mana sahaja.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down