Langgan

Koleksi Permata Mewah The Bows oleh Mikimoto Menawarkan Drama yang Sempurna

Sesuai untuk seorang ratu, koleksi perhiasan mewah ini menunjukkan gaya luar biasa mutiara dan cara yang betul untuk menggayakannya.
Oleh | TERJEMAHAN Athirah Zahra
2 minit untuk membaca
Published: August 25, 2024
Mikimoto The Bows
Rantai perhiasan mewah The Bows yang diperbuat daripada mutiara Akoya, tourmalin dan berlian.

Adakah terlalu dramatik untuk kita simpulkan bahawa koleksi perhiasan mewah terbaharu Mikimoto The Bows seolah-olah direka khas untuk latar filem drama sejarah? Semestinya tidak. Lebih-lebih lagi dengan reka bentuknya yang memukau dan kemungkinan akan mencemburukan watak Ratu Charlotte.

Mikimoto The Bows
Rantai perhiasan mewah The Bows yang diperbuat daripada mutiara Akoya dan berlian.

Koleksi ini dipersembahkan di Hotel d'Évreux, Paris semasa minggu Haute Couture baru-baru ini (jenama dari Jepun ini telah menjadi ahli Perhiasan Tinggi dalam Persekutuan Haute Couture sejak 2018). Koleksi ini memaparkan reka bentuk simetri yang elegan seperti dari zaman Renaissance di mana zaman Ratu Elizabeth I menggemari mutiara serta hiasan mewah zaman Rococo. Mikimoto turut mempersembahkan motif tanda ikonik dalam koleksi ini: Reben elegan yang diikat dengan cantik.

Mikimoto The Bows
Dari kiri: rantai perhiasan mewah The Bows dalam emas putih dengan mutiara Akoya & mutiara Laut Selatan serta campuran pelbagai batu; rantai (yang boleh diubahsuai) dalam emas putih dengan mutiara Akoya, tanzanit, nilam, dan berlian.

Antara salah satu kalung dari koleksinya, mutiara Akoya dan mutiara Laut Selatan digabungkan dengan kristal turmalin, morganit, spinel, nilam, dan berlian berwarna lembut. Dalam rekaan hiasan yang lain pula, rantai mutiara Akoya dan berlian meliliti leher manakala yang lain terjatuh elok pada bahu memantulkan cahaya pada setiap gerakan tangan. Jelas, reka bentuknya memberi keseimbangan sempurna antara estetik klasik dan moden kontemporari. Perhiasan ini boleh dipadankan dengan blaus putih dan seluar kulit hitam ataupun dengan sweater dan skirt nipis. (Walau bagaimanapun, anda mungkin akan dimaafkan jika hanya menyimpannya untuk tema White Tie sahaja dengan reka bentuknya yang terlalu dramatik untuk hari biasa.) 

Mikimoto The Bow
Rantai perhiasan mewah The Bows yang diperbuat daripada mutiara Akoya, tourmalin dan berlian.

Pilihan peribadi ELLE ialah kalung berbentuk cravat yang dihiasi dengan berlian dan mutiara Akoya yang disusun seperti renda (seperti yang ditunjukkan di atas). Tourmalin hijau bersaiz besar menjadi tumpuan utama di atas simpulan reben elegan tersebut, menghasilkan penampilan yang memukau dan mengagumkan.

Dalam tempoh 131 tahun sejak Mikimoto memperkenalkan rekaan halus mutiara pertamanya, pengeluar Jepun ini telah menerajui industri perhiasan. Koleksi The Bows membuktikan bagaimana mereka mencapai kejayaan tersebut, melalui kemahiran tangan yang cemerlang, batu permata berkualiti tinggi, dan rekaan yang memikat hati.

Artikel asal dari ELLE Singapore.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down