Langgan

Bagaimana AI Glasses Mengubah Rutin Harian Kita

Ray-Ban Meta dan Oakley Meta bakal tiba di Malaysia 20 Oktober ini.
2 minit untuk membaca
Published: October 16, 2026
Jennie dilantik sebagai duta global Ray-Ban

Bayangkan anda boleh merakam momen spontan, menjawab panggilan atau mendapatkan bantuan AI tanpa perlu mengeluarkan telefon dari beg. Kedengaran seperti sesuatu dari masa depan? Teknologi ini semakin menghampiri kehidupan seharian kita. Kini, Ray-Ban Meta dan Oakley Meta bakal tiba di Malaysia, membawa pengalaman hands-free yang menggabungkan gaya, kemudahan dan teknologi pintar dalam satu aksesori. Lebih menarik, Meta AI turut tersedia dalam bahasa Melayu, menjadikan interaksi dengan teknologi ini lebih dekat dengan pengguna tempatan.

Lebih Daripada Sekadar Aksesori

Jika selama ini cermin mata berfungsi sebagai pelengkap gaya atau keperluan penglihatan, generasi baharu ini menawarkan lebih banyak kemungkinan. Ray-Ban Meta menggabungkan siluet ikonik jenama tersebut dengan teknologi pintar yang membolehkan pengguna merakam foto dan video dari perspektif sendiri, mendengar muzik dan podcast, menjawab panggilan serta menghantar mesej tanpa perlu memegang telefon.

Untuk mereka yang mementingkan gaya, Ray-Ban Meta (Gen 3) hadir dalam tiga siluet utama, iaitu Wayfarer, Aviator dan Zena. Pilihan kanta juga merangkumi kanta jernih dan sunglasses, termasuk Transitions®, kanta terpolarisasi serta pilihan penapis cahaya biru. Pengguna yang memerlukan kanta preskripsi turut mempunyai pilihan, termasuk model Blayzer Optics (Gen 2) dan Scriber Optics (Gen 2).

Untuk Gaya Hidup Aktif

Bagi mereka yang lebih gemar menghabiskan masa di outdoor, Oakley Meta pula membawa pendekatan berbeza dengan mengutamakan prestasi dan aktiviti fizikal. Koleksi ini menampilkan dua model utama, HSTN dan Vanguard, yang menggabungkan identiti sporty Oakley dengan teknologi Meta.

Oakley Meta HSTN sesuai untuk mereka yang mahukan rekaan lebih berani dengan fungsi praktikal. Ia dilengkapi kamera 3K Ultra HD, pembesar suara open-ear dan ketahanan air IPX4, membolehkan pengguna merakam aksi tanpa perlu mengalihkan perhatian daripada aktiviti yang sedang dilakukan. Model terpilih turut menggunakan teknologi kanta Oakley PRIZM™ untuk membantu meningkatkan kontras dalam keadaan pencahayaan dan cuaca yang berubah-ubah.

Sementara itu, Oakley Meta Vanguard direka khusus untuk aktiviti seperti berlari, berbasikal dan latihan luar. Dengan kamera ultra lebar 12MP yang menawarkan sudut pandangan 122 darjah, pembesar suara open-ear serta teknologi pengurangan bunyi angin, ia membolehkan pengguna merakam pengalaman mereka sambil kekal peka terhadap persekitaran.

Apa yang menjadikannya lebih menarik buat peminat kecergasan ialah integrasi dengan aplikasi seperti Strava dan Garmin, yang membolehkan data prestasi dipantau dalam masa nyata. Dengan tahap ketahanan air dan habuk IP67, Vanguard turut direka untuk menghadapi pelbagai keadaan persekitaran ketika bersukan.

Harga Ray-Ban Meta Dan Oakley Meta Di Malaysia

  • Ray-Ban Meta (Gen 3): RM2,119
  • Ray-Ban Meta Optics (Gen 2): RM2,209
  • Oakley Meta HSTN: RM2,069
  • Oakley Meta Vanguard: RM2,589

Kedua-dua koleksi ini akan tersedia di Malaysia mulai 20 Oktober 2026.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down