Hujung minggu Formula 1 Singapore Grand Prix bukan sekadar tentang siapa yang memenangi perlumbaan. Di luar litar, kehadiran selebriti turut menjadi acara tersendiri, dengan setiap kemunculan pantas mencetuskan keterujaan peminat dan memenuhi suapan media sosial.
Tahun ini, Singapura menyaksikan pertemuan nama-nama besar Hollywood, industri hiburan Korea Selatan dan muzik Asia. Kim Kardashian hadir memberikan sokongan kepada Lewis Hamilton, Minho SHINee mencuri masa untuk bersenam, manakala Gong Jun menjadi tumpuan peminat ketika mengunjungi theme park.
Kim Kardashian Hadir Untuk Lewis Hamilton
Antara kemunculan paling hangat hujung minggu ini pastinya Kim Kardashian. Kim di lihat di Marina Bay Street Circuit untuk memberikan sokongan kepada pemandu Ferrari, Lewis Hamilton.
Selain menyaksikan perlumbaan, Kim turut mengunjungi kedai pop-up Plus44 milik Hamilton di Marina Bay Sands. Kehadirannya pantas menarik perhatian, menjadikan setiap kemunculannya antara momen yang dinanti-nantikan peminat.
Minho SHINee Spotted Berlari Sekitar Singapura
Menerusi Instagram Stories, dia berkongsi pengalamannya berlari dalam cuaca lembap Singapura. Aktiviti itu tidak begitu mengejutkan buat peminat yang sudah mengenali sisi athletic selebriti tersebut.
Gong Jun Cetus Keterujaan Peminat Di Universal Studios Singapore
Pelakon China, Gong Jun, dilihat mengunjungi Universal Studios Singapore pada 10 Oktober dengan penampilan kasual berkemeja-T biru.
Dia dilaporkan berjalan bersama pasukan dan kru penggambaran, selain menarik perhatian peminat yang menantikan kemunculannya. Malah, kunjungannya ke permainan Battlestar Galactica turut menjadi antara momen yang diperkatakan.
MEOVV Bertemu Lewis Hamilton Di Litar
Kumpulan K-pop wanita MEOVV turut menjadi antara nama yang mencuri perhatian di F1 Singapura. Anggota Sooin, Gawon, Anna, Narin dan Ella dilihat menghadiri perlumbaan pada 10 Oktober dengan gaya yang cukup menyerlah.
Selain menyaksikan aksi di litar, mereka turut bergambar bersama Lewis Hamilton sebelum menghadiri majlis makan malam rasmi F1 anjuran jenama penjagaan kulit SkinCeuticals.

