
Generasi baharu telah tiba. Bersempena kemerdekaan ke-69, ELLE mempersembahkan nama-nama yang bakal mencorakkan masa depan industri - membawa warisan ke hadapan melalui kreativiti berani dan visi tersendiri dalam membina legasi mendatang.
ZAKI ARIFIN


‘Ornamen Langit Malaya’ mengangkat keindahan tekstur organik dalam harmoni siluet berstruktur dan beralun, mengukir estetika romantis yang meraikan keanggunan wanita.
Jaket, blaus, dress dan aksesori tangan daripada ZAKI ARIFIN. Subang milik penata gaya
DANISH RIZAL

Meneroka ruang di antara masa lalu dan masa kini, ‘Tirai Antara’ diibaratkan sebagai detik peralihan yang menyatukan warisan dan ekspresi kontemporari dalam satu naratif.
Jiperak, kemeja, skirt, rantai leher dan rantai pinggang daripada DANISH RIZAL. Subang daripada RUPA
PHOEBE WONG

Sebuah penghormatan kepada tanah air, ‘Heirlooms’ merupakan interpretasi yang digubah berdasarkan kenangan, objek dan seni dalam terjemahan perspektif baharu.
Dress daripada PHOEBE WONG. Kasut tumit tinggi daripada SAOI. Subang daripada RUPA
ELLYANA ISNITA DIANA

Inspirasi sarang lebah dihidupkan melalui ketelitian manipulasi fabrik. Setiap permukaan diperhalusi dengan sentuhan tangan, mencipta dimensi berasaskan duit syiling.
Dress dan anting-anting daripada ELLYANA ISNITA DIANA
Y:EN STUDIO

Keharmonian antara keindahan dan kekacauan. ‘Sublime Abyssal’ menggabungkan alam liar dan seni bina monumen melalui siluet arca berstruktur yang berani, primal dan elegan.
Jaket, baju dalam dan skirt daripada Y:EN STUDIO
TIFTAZANI

‘Mothsery’ mengangkat metamorfosis ulat sutera sebagai simbol evolusi diri. Jatuhan kain berinspirasikan sayap, train bersulamkan manik dan fabrik kitar semula, kesemuanya menyatukan keindahan transformasi.
Dress daripada TIFTAZANI. Kasut tumit tinggi daripada MILLIOT & CO. Klip rambut daripada SPICY BISKUT
SALAHUDDINHILMI

‘Rogue’ meraikan maskuliniti melalui karisma, misteri dan keyakinan yang tenang. Sebuah manifestasi elegan yang menzahirkan aura berkarakter, melangkaui batasan jantina.
Jaket, kemeja dan seluar daripada SALAHUDDINHILMI. Pin daripada RUPA. Anting-anting dan but milik penata gaya
PALEELITS

Jalinan minimalis dan maksimalis mengangkat kemeja asas sebagai kanvas kreativiti. Jatuhan fabrik, potongan asimetri dan sentuhan kontemporari melahirkan siluet yang berani dan penuh ekspresi.
Dress daripada PALEELITS. Pin dan subang daripada RUPA. Kasut milik penata gaya
FÉTICHE THE LABEL

Rekaan RTW yang mengolah tekstil tradisional menerusi siluet korset berstruktur dan skirt mini. Diperkaya rona berani, rekaan ini melahirkan identiti visual yang mencerminkan semangat generasi moden.
Korset dan skirt daripada FÉTICHE THE LABEL. Anting-anting milik penata gaya
SHAZNASH

Mengangkat keindahan senja sebagai simbol perjalanan masa yang sementara. ‘Running Out Of Time’ diterjemahkan dalam rona senja dengan padanan tekstur berlapis.
Korset, jaket dan skirt daripada SHAZNASH. Kasut tumit tinggi daripada MY BALLERINE. Klip rambut (digantung pada tangan) daripada SPICY BISKUT. Subang milik penata gaya
PUTERA BINZAINI

‘Nusa’ menggabungkan era perdagangan Kesultanan Melayu Melaka bersama colonial romance, juga meraikan kesempurnaan dalam ketidaksempurnaan dengan tekstur tartan distressed dan renda yang dilapisi tartan.
Jaket dan skirt daripada PUTERA BINZAINI. Subang dan rantai daripada RUPA
RAJA IRFAN

Fabrik metalik berlapiskan renda hitam membangkitkan naratif romantik gelap yang penuh misteri. Dengan pendekatan power dressing, ‘Suatu’ menzahirkan keanggunan dramatik yang berani dan berkarisma.
Jaket dan skirt daripada RAJA IRFAN. Kasut tumit tinggi daripada MILLIOT & CO. Subang daripada RUPA
GHOSTBOY

Ikon cool girl Kuala Lumpur yang kini menembusi pentas antarabangsa, Ghostboy terus berevolusi dengan identiti lebih matang. Koleksi terbaru, ‘Meranti Mori’ mengangkat transformasi serta perjalanan kembali kepada akar diri.
Blaus dan skirt daripada GHOSTBOY. Rantai daripada NEKOSUMI
Penyelaras & Penataan Gaya Athirah Zahra Dibantu Oleh Hizral Faiz Rozeman Arahan Seni Iera Nadzlim Fotografi Aaron Lee / Lensworks Production Solekan Ahma Dani Dandanan Juno Ko Model Nurrin Rahma / Hijinks Management & Persona Management

