
Kalendar Ogos membuka lembaran dengan perkhabaran cereka televisyen terbaru yang akan ditayangkan sepanjang bulan ini. Antara yang paling diperkatakan adalah musim keempat "Ted Lasso" dan musim baru "Dark Matter" yang kedua-duanya ditayangkan di Apple TV.
Karya-karya adaptasi novel bakal mendapat riwayat baru dalam format visual menyelusuri kisahnya. Melewati kalendar Netflix, Prime Video dan Disney+ sepanjang bulan Ogos, ELLE menyenaraikan dafter lengkap siri televisyen yang harus anda tonton.
THE SHARDS
Siri adaptasi novel Bret Easton Ellis yang paling dinanti akan ditayangkan di Disney+ bermula 5 Ogos ini. Mengangkat kisah kasta sosial atasan remaja yang datang dengan kisah dendam, skandal dan misteri dalam sebuah dilema yang harus dirungkai. Lakonan Kaia Gerber.
THE LAST HOUSE
Menceritakan tentang sebuah keluarga yang terperangkap di sebuah rumah yang tiada jalan keluar. Misteri dan tanda tanya harus dirungkai bagi meneruskan sebuah perjalanan hidup dengan banyak jawapan pada persoalan yang tidak terduga. Tayangan di Netflix bermula 7 Ogos ini lakonan Greta Lee.
TED LASSO
Musim keempat siri Apple TV ini membawa Ted kembali ke Richmond untuk mengharungi cabaran baru bagi melatih pasukan bola sepak wanita divisyen kedua. Lebih risiko atas peluang baru yang membentuk satu sudut pandang baru Ted tentang permainan sebenar yang tidak pernah mereka bayangkan sebelum ini. Tayangan bermula 5 Ogos.
ONE HUNDRED YEARS OF SOLITUDE: PART 2
Bahagian Kedua adaptasi Netflix One Hundred Years of Solitude merangkumi 50 tahun terakhir dalam kisah epik keluarga Buendía. Ia menelusuri pemodenan pesat yang berlaku di Macondo, kedatangan kuasa asing, eksploitasi serta kemusnahan yang akhirnya berbalas sumpahan yang telah lama diramalkan oleh Úrsula Iguarán. Tayangan bermula 26 Ogos.

