
Sejak episod pertamanya ditayangkan, siri hit HBO ini berjaya mencuri perhatian ramai. Sejak 2019, drama remaja ini telah mencetuskan pelbagai trend fesyen dan kecantikan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya dalam budaya pop. Namun, musim ke-3 menampilkan perubahan yang lebih drastik. Selepas berlakunya time jump, watak-watak dalam Euphoria mula melangkah ke alam dewasa dan tidak lagi terikat dengan kehidupan sekolah. Kini, mereka tampil dengan gaya yang lebih matang, mencerminkan evolusi perjalanan hidup masing-masing.
Evolusi Gaya Maddy Perez

Transformasi ini paling ketara dapat dilihat pada watak ikon fesyen dan it-girl kegemaran ramai, Maddy Perez. Dalam musim-musim terdahulu, Maddy terkenal dengan pilihan pakaian bersiluet memeluk tubuh, potongan cut-out yang berani serta solekan glam yang menjadi inspirasi kepada pelbagai trend kecantikan.
Namun dalam musim ke-3, Maddy kini bekerja sebagai pengurus bakat dan pembantu eksekutif di sebuah agensi Hollywood. Selari dengan perkembangan kerjayanya, gaya berpakaiannya turut berevolusi menjadi lebih sofistikated. Perincian seperti jahitan yang kemas, fabrik mewah dan palet warna yang lebih matang memperlihatkan sisi baharu Maddy yang lebih dewasa dan elegan.
Dengan berakhirnya musim ke-3 Euphoria, ELLE berkongsi beberapa favourite looks Maddy sepanjang musim ini.
Senarai Best Looks Maddy Perez Pilihan ELLE
1. Ernest W. Baker

Antara penampilan Maddy yang paling tular pada awal musim ke-3 Euphoria ialah persalinannya ketika bertemu Cassie di kolam renang. Kot daripada Ernest W. Baker yang dipadankan dengan kaca mata hitam bersaiz besar dan sarung tangan kulit berjaya menghidupkan estetika mob wife yang mewah dan penuh keyakinan.
2. Ed Hardy

'Mary Mesh' dress daripada Ed Hardy ini tular dan sold-out setelah digayakan dalam episod ke-7 Euphoria, membuktikan status dan pengaruh watak Maddy.
3. Natasha Newman-Thomas

Untuk babak perkahwinan watak Cassie dan Nate, Maddy memilih untuk menggayakan gaun yang mencabar. Gaun satin cut-out tanpa belakang yang digayakan bersama skaf bulu ini rekaan custom daripada Natasha Newman-Thomas pereka kostum bagi Euphoria.
4. Roberto Cavalli

Untuk sebuah babak, Natasha Newton-Thomas mengambil daripada arkib fesyen. Maddy menyarung cheongsam mini dress daripada koleksi Roberto Cavalli musim Bunga/Panas 2003.
5. Missoni dan Prada

Di pejabat menjalankan tugasnya sebagai pembantu eksekutif, Maddy menggayakan blaus off shoulder merah daripada Missoni dengan perincian rumbai. Blouse ini digayakan bersama skirt Prada daripada koleksi musim Luruh/Dingin 2017.
6. Karl Lagerfeld

Daripada penampilan pertamanya di skrin pada musim ke-3 Euphoria, gaya Maddy telah menarik perhatian ramai. Blaus putih organza sheer rekaan Karl Lagerfeld ini menggambarkan kematangan tapi masih lagi mencerminkan gaya bold dan mencabar watak itu.
