Musim ini, kebebasan diraikan di pesisiran pantai, diiringi sinaran mentari yang menenangkan. Pesona cool girl summer dihidupkan melalui naratif effortless dengan sentuhan feminin yang seimbang. Cukup moden, berani dan penuh pesona.
Kod Merah

Gaya serba merah, mencerminkan daya tarikan visual yang sukar diabaikan. Kontras antara baju panas dan skirt satin yang beralun pula mewujudkan keserasian antara keselesaan dan keanggunan.
Baju panas dan skirt daripada CHLOE. Kaca mata daripada VALENTINO. Cincin ‘Maria Coral Disc’, emas merah jambu dan batu karang merah daripada GINETTE NY. Jam tangan La D My Dior 19mm, pergerakan quartz, keluli dengan mother-of-pearl putih dan berlian daripada DIOR HORLOGERIE
Clean Cut

Keselesaan menjadi asas utama. Namun diperkukuh dengan permainan struktur pola yang sedikit twisted untuk serlahan gaya berkarisma.
Dress dan sandal daripada BALENCIAGA.
Teduhan Tropika

Topi rafia bersaiz lebar menjadi wardrobe mainstay musim ini. Bukan sahaja menyerlahkan gaya musim panas, malah menjadi pelindung terhadap sinar UV.
Dress dan topi daripada RALPH LAUREN. Beg kulit 'Leama' daripada GAEA. Gelang tangan dan rantai daripada SAMUEL FRANCOIS. Kasut platform daripada CHLOÉ .
Shades On

Denim bertemu dengan kelembutan tekstur kait, lalu membentuk percanggahan yang memikat. Antara rugged dan refined, satu pertembungan tekstur yang memancarkan aura cool tanpa usaha.
Jaket jean daripada CALVIN KLEIN. Bra dan seluar dalam kait daripada FENDI. Gelang tangan dan rantai daripada SAMUEL FRANÇOIS. Kaca mata hitam daripada VALENTINO.
Edisi Pantai

Menyimpang daripada norma kod pakaian konvensional. Pakaian renang di lapiskan dengan kot trench, membentuk siluet unik pengembara moden yang melangkah ke elemen alam dalam bayang kota.
Topi daripada SIRIVANNAVARI. Kaca mata daripada VALENTINO. Rantai daripada SAMUEL FRANÇOIS. Gelang tangan daripada ISABEL MARANT. Pakaian renang daripada ERES. Kot trench daripada MICHAEL KORS. Sandal daripada BALENCIAGA. Beg 'Epurebag’ daripada LONGCHAMP.
Soft & Graceful

Gaya feminin klasik dalam ekspresi yang lebih menyeronokkan. Secara spesifiknya, skirt berperincian bulu yang terserlah dalam gradasi rona putih dan biru.
Kemeja dan skirt daripada DIOR. Jam tangan La D My Dior 19mm, pergerakan quartz, mother-of-pearl putih, keluli dan berlian daripada DIOR HORLOGERIE. Cincin ‘Rose des vents’ emas kuning, berlian dan mother-of-pearl daripada DIOR JOAILLERIE. Kasut mules ‘Camille’ daripada REPETTO.
Sunlit Glam

Gaun sequin menangkap biasan cahaya, mencipta momen kilauan yang memukau. Sempurna untuk memenuhi citarasa glamor, daripada siang ke malam.
Dress, beg dan subang telinga daripada GUCCI. Gelang tangan daripada ISABEL MARANT.
Lakaran Kuasa


Sentuhan feminin melembutkan struktur maskulin dengan subtil, mencipta dialog antara ketegasan dan kelembutan. Topi baret berjalur menambah aksen artistik, menyerlahkan lagi karakter.
Topi daripada MAISON MICHEL. Jaket dan kasut tumit tinggi daripada CHANEL. Bodysuit renda daripada ERES. Cincin ‘Disc Mother of pearl’ merah jambu dan mutiara daripada GINETTE NY. Cincin ‘Chiard' emas kuning dan berlian daripada PASCALE MONVOISIN.
Clashing Patterns

Bandeau bermotifkan jalur horizontal, kemeja dan seluar pendek kembang bermotifkan jalur vertical serta bandana bercorak paisley yang menonjolkan keberanian bergaya. Harmoni rona birunya pula menyeimbangkan keseluruhan ekspresi, memberi sentuhan santai.
Kemeja dan seluar pendek daripada DOLCE & GABBANA. Bra daripada SIRIVANNAVARI. Skaf bandana daripada SOULEIADO.
Jalur Warna

Ledakan rona yang mewarnai garisan lurus tidak sekata seolah-olah melambangkan personaliti spontan gadis musim panas. Penuh keinginan unruk meneroka tanpa kekangan.
Dress daripada LOEWE. Kasut loafer daripada PIERRE HARDY.
FOTOGRAFI PETER GEHRKE PENATA GAYA & PENGARAH FESYEN ALEXANDRA BERNARD / ELLE INTERNATIONAL MODEL ESIN BICAK / OUI MANAGEMENT DANDANAN & SOLEKAN JULIA KRAEMER PEMBANTU FOTOGRAFI JACOPO PELOSO PEMBANTU PENATA GAYA MATHILDE LAMÈRE PENERBIT YANNICK SELVA / ELLE INTERNATIONAL TERJEMAHAN & TEKS ATHIRAH ZAHRA
