Langgan

Kemewahan Dalam Kesejahteraan Bersama OGAWA

Kenali Evolusi OGAWA di bawah kepimpinan generasi baharu yang berteraskan visi dan tujuan.
2 minit untuk membaca
Published: April 2, 2026

Dalam dunia yang bergerak pantas, makna kemewahan telah berubah secara halus tetapi mendalam. Ia tidak diukur melalui wang, harta dan pengumpulan tetapi melalui keseimbangan dengan tubuh kita, masa kita dan nilai yang kita pegang. Bagi wanita moden, perubahan ini hadir secara intuitif. Penjagaan diri bukan lagi ganjaran sekali-sekala, tetapi ritual harian yang disedari. Kesejahteraan bukan tentang melarikan diri, sebaliknya tentang kelestarian.

Selama hampir tiga dekad, OGAWA telah membentuk falsafah ini, mewujudkan ruang di mana teknologi dan kesejahteraan wujud secara harmoni dalam kehidupan seharian. Bermula dengan alat urut kaki yang ringkas, jenama ini berkembang menjadi ekosistem teknologi kesihatan yang sofistikated. Namun prinsip terasnya kekal sama: kesejahteraan harus terasa semula jadi, peribadi dan terintegrasi dengan mudah.

OGAWA
Gambar: Leong Boon Hong

Hari ini, visi tersebut memasuki bab baharu di bawah kepimpinan Leong Boon Hong, yang baru dilantik sebagai Pengurus Besar. Mewakili generasi kepimpinan baharu, Leong membawa pendekatan yang berteraskan empati, inovasi dan pemikiran jangka panjang. Di bawah arahannya, jenama ini melangkaui peranan sebagai jenama kesejahteraan semata-mata, menjadi rakan kesihatan gaya hidup yang memahami bagaimana masyarakat moden hidup, bekerja dan memulihkan diri.

“Kesejahteraan bukan tentang produk semata-mata,” ujarnya. “Ia adalah pengalaman. Dan pengalaman seharusnya terasa intuitif, bukan memaksa.”

Apabila Teknologi Belajar Mendengar

OGAWA

Bagi Leong, kekuatan jenama kesejahteraan tidak hanya terletak pada teknologinya tetapi pada keupayaannya memahami manusia. Dalam era pendigitalan pesat, pendekatannya terasa lebih berperikemanusiaan. Daripada mengejar trend, Leong memberi fokus kepada kelangsungan. Membina kepercayaan, melabur dalam penyelidikan dan memastikan setiap inovasi memenuhi keperluan sebenar.

Falsafah ini selari dengan generasi pengguna masa kini, khususnya wanita, yang semakin teliti dalam memilih jenama untuk menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka. Kredibiliti penting. Keaslian penting. Dan penyelesaian yang menyokong kesejahteraan jangka panjang lebih diutamakan berbanding penyelesaian sementara.

Di teras evolusi OGAWA ialah teknologi kesejahteraan pintar yang direka untuk menyesuaikan diri dengan individu. Melalui sistem pengesanan canggih dan analisis berasaskan AI, penyelesaiannya mampu membaca postur, ketegangan otot, penjajaran tulang belakang dan corak tekanan fizikal, sekali gus mencipta pengalaman yang berkembang setiap kali digunakan. Di sini, kesejahteraan tidak pernah bersifat satu untuk semua.

Produk utama seperti BIOVIS massage chair mencerminkan falsafah ini. Direka untuk pengguna yang menghargai perincian, BIOVIS memilih program urutan berdasarkan keadaan tubuh secara masa nyata, membantu meredakan ketegangan, menyokong pemulihan dan mengembalikan keseimbangan dengan ketelitian yang tenang.

“Teknologi tidak seharusnya mengatasi pengguna,” kata Leong. “Inovasi terbaik ialah yang menyokong anda secara senyap, hari demi hari.”

Di bawah kepimpinan Leong, jenama ini turut memperkukuh kehadirannya di luar rumah. Daripada peranti kesejahteraan mudah alih dan teknologi kecantikan hinggalah kolaborasi gaya hidup merangkumi mobiliti, hospitaliti dan kesejahteraan korporat, OGAWA terus mentakrif semula bagaimana dan di mana kesejahteraan dapat dialami.

Perkembangan ini mencerminkan perubahan budaya yang lebih luas: kesihatan bukan lagi reaktif, menunggu saat keletihan melanda. Ia bersifat proaktif. Satu pilihan gaya hidup berterusan yang disulam dalam rutin harian.

Ketika OGAWA melangkah ke fasa seterusnya, halu tuju jenama ini jelas. Mewujudkan kesejahteraan pintar sebagai sebahagian semula jadi daripada kehidupan moden. Bagi Leong Boon Hong, kepimpinan bukan tentang skala, tetapi tentang amanah dan memastikan pertumbuhan sentiasa berpaksikan nilai prihatin, kredibiliti dan kefahaman manusia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down