Langgan

"Florals? For Spring? Groundbreaking"

Koleksi Musim Bunga/Panas 2026
2 minit untuk membaca
Published: March 20, 2026

"Florals? For spring? Groundbreaking" merupakan bibit ikonik oleh Miranda Priestly lakonan Meryl Streep daripada filem 'The Devil Wears Prada'.

Menjenguk ke luar jendela, menyaksikan kemekaran kuntuman bunga-bunga dalam menyambut kedatangan musim baharu yang bugar mengindah. ELLE Malaysia mempersembahkan lembaran fesyen yang bermain dengan tema 'Florals' untuk meraikan kehadiran musim bunga tahun ini.

louis vuitton malaysia

Dominasi Adikuasa 

White on white? Sudah pasti akan menjelmakan impak gaya yang berkuasa untuk langkahan penuh keyakinan.

Baju inspirasi weskot, seluar cetak bunga dan kasut corak multi-warna, kesemuanya daripada Louis Vuitton

prada malaysia

Malar Mekar

Mudah dan ringkas. Sarungkan jaket oversized dalam ritma warna terang sebagai nota utama pada pemakaian harian yang bold. 

Jaket kolar ilham kimono daripada Prada

prada

Kembang Mega

Bagai bunga yang mengembang mekar di pagi hari, padanan skirt dengan potongan belon dapat menyerlahkan dimensi siluet yang luar daripada kebiasaan. 

Blaus kolar berperincian, skirt kembang dan beg tangan kulit, kesemuanya daripada Prada

dolce & Gabbana malaysia

Puisi Asmaradana

Bunga ros merah sering dikaitkan dengan kehangatan cinta dan keghairahan asmara. Motif klasik ini dihidupkan dengan latar hitam yang membiaskan kuasa sensual yang lebih berani. 

Baju korset dan skirt cetak floral daripada Dolce&Gabbana. Rantai choker daripada Swarovski

fendi malaysia

Pink Power

Elemen sukan terus menguasai pentas peragaan, mengilhamkan padu padan yang mencuri perhatian dalam ton merah jambu shocking

Jaket bomber, skirt panel kontra, beg tangan kulit dan anting-anting multi-material, kesemuanya daripada Fendi

dior malaysia

Fantasi Gothik

Pengertian estetika yang sarat misteri, dalam magis gaya maskulin dengan padanan blazer dan seluar denim gelap untuk menciptakan aura wanita semasa. 

Blazer logo, kemeja kapas, seluar denim, rantai choker, anting-anting dan kasut tumit, kesemuanya daripada Dior.

tory burch

Taman Monogram 

Kesederhanaan pada penggayaan menzahirkan ton monokromatik yang elegan, ditambah rasa pula dengan mainan monogram yang malar segar musim ini. 

Baju kolar sulaman monogram daripada Tory Burch. Anting-anting keemasan daripada Swarovski

tory burch

Skirt lisu daripada Tory Burch. Kasut tumit daripada Prada

onitsuka tiger malaysia

Girl, Get Up

Cetusan rona hitam dapat diserlahkan lagi dengan sentuhan perincian kontra yang mencipta efek dinamik, jauh dari membosankan. 

Gaun peincian kontra daripada Onitsuka Tiger

cos malaysia

Pelukan Wallflower 

Adakalanya gaya yang berkesan tidak terletak pada padanan pakaian. Berikan tumpuan pada pilihan aksesori yang variasi sudah pasti bikin statement yang sejati. 

Baju lengan panjang dan skirt fabrik tekstur daripada COS. Rantai leher, rantai batu (dipakai di kepala), gelang tangan, anting-anting multi-warna dan cincin berlian, kesemuanya daripada Swarovski.

coach malaysia

Hutan Cakerawala

Bagaikan melihat langit terbentang pada malam hari, cetak bintang pada gaun longgar menyatukan atmosfera keselesaan yang paling maksima. 

Gaun corak bintang daripada Coach

ferragamo malaysia

Wild Flower

Sulaman ekspresi gaya yang feminin, menonjolkan nilai kewanitaan moden yang elegan dan terbuka untuk mencipta momen tersendiri. 

Gaun perincian renda, kasut perincian reben dan beg tangan kulit, kesemuanya daripada Ferragamo

Penyelaras & Penataan Gaya @muzammin Pembantu Penataan Gaya @athirahzahra @rd.idewani.zaini Arahan Seni @hanyaiera Fotografi @weeyanggg Dibantu @carliflower_ Solekan @sahirsabri Dandanan @bibianfredericks Model @rrrroanne Penata Rias Bunga @firdauszin

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down