Langgan

Senarai Lengkap Pemenang Oscars

Kemenangan besar One Battle After Another
1 minit untuk membaca
Published: March 16, 2026
Michael B Jordan membawa pulang trofi Aktor Terbaik Oscars

Hollywood kembali meraikan pemain industri perfileman dengan pengajuran acara Oscars yang berlangsung meriah di Dolby Theatre at Ovation Hollywood. Menyaksikan kemenangan besar filem One Battle After Another dengan enam kategori utama keseluruhan.

Acara istimewa ini turut melihatkan kemenangan sulung Jessie Buckley dan Micahel B Jordan yang mengungguli kategori lakonan. Amy Madigan memberi kejutan manis membawa pulang trofi bagi kategori Aktres Pembantu Terbaik menewaskan pesaing terdekat Teyana Taylor.

'Sinners' turut pulang dengan kemenangan besar dengan membawa pulang trofi Lakon Layar Asli Terbaik, Sinematografi Terbaik, Skor Muzik Terbaik dan Aktor Terbaik. 'Sentimental Value' pulang denga trofi Filem Bahasa Asing Terbaik dan Kpop Demon Hunter meneruskan kemenangan lewat Animasi Terbaik. Berikut senarai pemenang Oscars tahun ini.

Gambar: Getty Images

Filem Terbaik: One Battle After Another
Pengarah Terbaik: Paul Thomas Anderson (One Battle After Another)
Aktres Terbaik: Jessie Buckley (Hamnet)
Aktor Terbaik: Michael B Jordan (Sinners)
Aktor Pembantu Terbaik: Sean Penn (One Battle After Another)
Aktres Pembantu Terbaik: Amy Madigan (Weapons)
Filem Animasi Terbaik: KPop Demon Hunters
Filem Bahasa Asing Terbaik: Sentimental Value
Filem Dokumentari Terbaik: Mr Nobody Against Putin
Lakon Layar Asli Terbaik:  Ryan Coogler (Sinners)
Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Paul Thomas Anderson (One Battle After Another)
Sinematografi Terbaik: Andy Jurgensen (One Battle After Another)
Casting Terbaik: One Battle After Another
Rekaan Produksi Terbaik: Tamara Deverell & Shane Vieau (Frankenstein)

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down