Seri Negara, rumah kolonial bersejarah yang menjadi saksi kepada perjalanan panjang sejarah Malaysia menuju kemerdekaan telah membuka pintunya semula buat kunjungan orang awam pada 20 Disember. Restorasi itu menjadikan restorasi kali pertama dalam enam tahun selepas menjalani pemulihan dan baik pulih teliti selama tempoh sepuluh bulan.
Pengunjung yang datang kini berpeluang masuk ke bangunan yang dipulih dengan indah ini termasuk galeri sejarah dan pameran budaya. Selain itu tujuan pembukaan semulanya adalah untuk orang ramai menyambung semula hubungan dengan sebahagian warisan negara yang penting.

Dibina pada 1913 dan dahulunya dikenali 'King’s House', rumah agam ini pernah menjadi rumah rasmi untuk tetamu kenamaan termasuk Ratu Elizabeth II. Lebih penting lagi, dalam bangunan inilah perbincangan penyusunan Perlembagaan Tanah Melayu berlaku antara 1955 dan 1957. Perjanjian itu yang kemudiannya membawa kepada penandatanganan Perjanjian Merdeka oleh sembilan Raja Melayu.
Pemulihan Teliti Selama Sepuluh Bulan
Di bawah inisiatif Warisan KL oleh Khazanah Nasional, projek pemulihan ini adalah usaha merentas masa. Kerja-kerja pemulihan yang dilakukan termasuk memelihara ciri-ciri seni bina kolonial yang terperinci dan asli berdasarkan ilustrasi arkib. Selain itu, pengembalian tangga kayu besar rumah agam ini ke lokasi asalnya selepas ia pernah dipindahkan semasa rumah ini dijadikan hotel pada suatu ketika dahulu juga dilakukan.
Apa Yang Menarik Di Seri Negara
Tarikan baru Seri Negara kini adalah galeri di dalamnya yang meraikan perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan melalui empat pameran bertema:
- Galeri 1 – The Walls Speak: Memperkenalkan pengunjung dengan filem pendek sinematik yang menghidupkan sejarah Seri Negara, menceritakan peristiwa penting yang berlaku.
- Galeri 2 – People, Power and Place: Mengupas lanskap sosial dan politik Tanah Melayu pra-kemerdekaan, menyorot nama tokoh dan kuasa yang membentuk pembangunan negara.
- Galeri 3 – Witness to History: Memperlihatkan artifak sejarah penting, termasuk replika Perlembagaan Tanah Melayu serta dokumen lain berkaitan kelahiran negara.
- Galeri 4 – Merdeka and Nationhood: Menghargai pencapaian kemerdekaan dan menjejak perjalanan pembinaan negara, menampilkan detik penting yang membentuk Malaysia moden.

Pengunjung juga boleh menikmati 14 karya seni daripada koleksi Khazanah negara. Sebahagiannya berasal dari tahun 1960 serta pengalaman bersantap nostalgia di Semuka Cafe dan Serai House. Masuk adalah percuma tetapi pengunjung yang datang digalakkan mendaftar slot melalui program Sahabat Seri Negara di laman web rasmi mereka.
