Langgan

Penjenamaan Semula Dr Cardin Untuk Gen-Z

Era baru seiring peredaran zaman.
2 minit untuk membaca
Published: December 18, 2025

Lama bertapak di sebagai jenama yang dekat dengan generasi berganti di Malaysia, Dr Cardin mengorak langkah dalam memberi haluan baru penjenamaan selari dengan peredaran zaman. Ini penting bagi menjadikan jenama ini siring dengan jenama-jenama lain.

Melunaskan hasrat tersebut, baru-baru ini Dr Cardin menganjurkan satu sesi istimewa apresiasi dan sokongan terhadap jenama ini bersama wakil mediad dan pempengaruh tempatan serta pelanggan setia mereka bertempat di Rumi House Moonkitaa. 

Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan pada acara itu termasuklah sesi temu bual bersama Ketua Penjenamaan Dr Cardin iaitu Chong Charl Yee berkongsi kisah di balik idea penjenamaan semula serta megulik sejarah penubuhan jenama ini.Menurut Charl Lee, ramai yang beranggapan jenama Dr Cardin adalah jenama dari luar negara. 

"Memang benar ramai yang ingat Dr Cardin adalah jenama antarabangsa. Apabila mereka tahu Dr Cardin adalah jenama dari Malaysia, ramai yang terkejut." Lebih istimewa satu pameran khas pertukangan produk Dr Cardin dipersembahkan. 

"Sebenarnya Dr Cardin diasaskan oleh datuk saya sejak lima dekad lalu. Kemudian diambil oleh bapa saya sekitar tahun 90an. Pabila kami empat beradik sertai syarikat, kami lakukan rombakan yang lebih sesuai dengan generasi masa kini dengan memperkenalkan sistem e-dagang dan rekaan yang lebih terkini," katanya. 

Ditanya siapakah individu di sebalik nama Dr Cardin itu, kata Charl Yee, nama itu bukanlah individu yang sebenarnya sebaliknya nama tersebut di ambil daripada perkataan Itali.  "Cardin dalam bahasa Itali bermaksud sepatu yang berkualiti. Dr pula sebagai simbolik yang membawa maksud jenama kami boleh menyelesaikan masalah anda dalam memilih sepatu yang sesuai. Nama ini tiada kena mengena langsung dengan keluarga saya," kongsinya. 

Kempen Kolaborasi 2026

Charl Yee juga turut berterima kasih kepada selebriti tempatan seperti Amelia Henderson, Bella Astillah, Nadhir Nassar dan YB Syed Saddiq kerana sudi bekerjasama untuk mengukuhkan lagi jenama ini dalam pasaran. 

Bercerita tentang perancangan untuk tahun 2026, kata Charl Yee mereka akan berkolaborasi dengan jenama terkenal, Bulan Bintang untuk koleksi lebaran. “Fokus terbesar kami adalah koleksi raya tahun hadapan. Kami akan berkolaborasi bersama Bulan Bintang."

Tambahnya lagi, rangkaian istimewa ini akan dilancarkan pada penghujung Januari 2026 dan wajah baru mewakili kempen raya yang cukup istimmewa ini akan diperkenalkan.



ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down