Langgan

Seni Omakase Kontemporari Kini Bersemarak di Kinome, ISETAN The Japan Store

Pengalaman omakase baharu di Kuala Lumpur.
1 minit untuk membaca
Published: December 2, 2025

Ada sesuatu yang istimewa setiap kali sebuah restoran Jepun memperkenalkan konsep baharu di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi apabila ia dibina atas falsafah “less but better”. Itulah pengalaman pertama yang terasa sebaik melangkah masuk ke Kinome, destinasi makan Jepun terbaharu yang kini rasmi dibuka di ISETAN The Japan Store.

Kinome, di ISETAN Japan Store

Omakase Tanpa Formaliti, Tetapi Tetap Penuh Jiwa

Jika selama ini omakase sering dipersembahkan dalam suasana eksklusif dan penuh protokol, Kinome mengambil pendekatan berbeza, casual omakase yang meraikan rasa tanpa perlu terlalu serius. Chef di sini mencipta hidangan satu demi satu dengan ritma tenang, seolah-olah menyusun cerita. Setiap pinggan terasa seperti bab kecil yang saling melengkapi.

Yang membezakan Kinome adalah cara mereka memilih bahan-bahan dengan teliti, bukan sekadar premium, tetapi bermusim dan berjiwa. Seperti sayur Jepun yang jarang ditemui, sumber laut yang lebih segar, hinggalah sentuhan kecil yang membuatkan setiap suapan terasa intimate.

Pengalaman Bersahaja Yang Tetap Memikat

Satu lagi perkara yang menjadikan Kinome menarik ialah suasananya: bersih, minimalis dan hangat. Menu mereka berubah mengikut bahan yang terbaik pada waktu itu. Ada hari penuh dengan nota ringan dan segar; ada hari lain yang lebih umami dan 'heavy'.

Menu Omakase untuk Semua Mood & Momen

Kinome menawarkan beberapa pilihan menu yang cukup fleksibel:

  • RM188 – 9 hidangan
    Sesuai untuk makan tengah hari cepat tetapi memuaskan.
  • RM398 – 18 hidangan
    Pilihan ideal untuk sambutan istimewa, detik penting atau sekadar indulgence tanpa rasa bersalah.

Setiap set bermula dengan pembuka selera atau sup, dan diakhiri dengan pencuci mulut, lengkap sebagai pengalaman Jepun dari mula hingga akhir.

Lokasi & Masa Operasi

📍 The Table, Aras 4, ISETAN The Japan Store, Lot 10
🕛 12 tengah hari – 11 malam
⏳ Rehat: 3 petang – 6 petang
🕘 Pesanan terakhir: 9 malam

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down