Langgan

HBO Bakal Tayang Dua Sub Siri Game of Thrones

Menjelang musim baharu tahun 2028
2 minit untuk membaca
Published: November 25, 2025

HBO sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam dunia fantasi Game of Thrones. Kali ini dengan mengumumkan pembaharuan dua sub siri daripada francais A Knight of the Seven Kingdoms dan House of the Dragon. Berita besar ini disahkan oleh Casey Bloys, Pengerusi dan CEO HBO dan HBO Max Content. Pengumuman ini sekali gus menetapkan hala tuju baharu yang bakal menyaksikan musim baharu setiap tahun sehingga 2028.

Kedua-dua sub siri ini akan terus disiarkan di HBO dan tersedia untuk penstriman di HBO Max. Ia menandakan komitmen jangka panjang terhadap dunia imaginasi ciptaan George R. R. Martin yang terus memikat jutaan penggemar.

A Knight of the Seven Kingdoms: Musim Kedua Menanti Tayangan Perdana

Siri drama sub siri pertama ini yang memfokuskan kisah duo tidak diduga, Ser Duncan “Dunk” the Tall dan Egg belum pun memulakan tayangan musim pertamanya (19 Januari). Namun HBO sudah mulai memberi lampu hijau untuk penayangan musim kedua yang dijadualkan tiba pada tahun 2027.

Musim pertama dibintangi oleh Peter Claffey sebagai Dunk dan Dexter Sol Ansell sebagai Egg. Ia juga disertai barisan pelakon berbakat seperti Daniel Ings, Bertie Carvel, Sam Spruell, Tanzyn Crawford dan ramai lagi.

George R. R. Martin pula bertindak sebagai Pencipta Bersama dan Penerbit Eksekutif, manakala Ira Parker berperanan sebagai Pencipta Bersama, Showrunner dan Penerbit Eksekutif.

House of the Dragon: Episod Epik Berterusan Hingga Musim Keempat

Tidak ketinggalan, prekuel megahit House of the Dragon berdasarkan buku Fire & Blood akan menayangkan musim ketiganya pada Musim Panas 2026. Sebelum tayangan itu, HBO telah pun memperbaharui siri ini terdahulu untuk musim keempat. Ia dijadualkan pada 2028 menandakan kesinambungan kisah besar House Targaryen untuk beberapa tahun lagi.

Barisan pelakon musim ketiga kekal berkaliber seperti Matt Smith, Emma D’Arcy, Olivia Cooke, Steve Toussaint, Rhys Ifans, Fabien Frankel, Ewan Mitchell dan ramai lagi. Ryan Condal kembali sebagai Showrunner dan Penerbit Eksekutif bersama George R. R. Martin.

Cara Menonton di Malaysia

Para peminat boleh mengimbas kembali House of the Dragon musim 1 dan 2 sementara menantikan siri baharu A Knight of the Seven Kingdoms mulai 19 Januari, eksklusif di HBO Max.

Langganan HBO Max tersedia melalui Apple App Store, Google Play Store atau laman rasmi HBO Max dan boleh distrim melalui peranti pilihan anda.




ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down