Langgan

Melayari Perairan Rhine Bersama Avalon Waterways

Pengalaman sejauh mata memandang.
3 minit untuk membaca
Published: November 11, 2025

Pabila berbicara tentang pengembaraan cruise, apa yang dibayangkan seringnya tentang betapa besar kapal yang berlayar, kolam renang yang besar, hidang bufet dan tentu sekali hiburan malam seperti broadway dan magic show.

Itu bayangan saya pabila dijemput untuk turut bersama delegasi media dari Asia yang lain sebelum menelusuri pengalaman ini. Namun ternyata bersama Avalon Waterways ia menawarkan pengalaman berbeza. Saya bagai mengembara ke benua Eropah bersama titian perairan bukan daratan.

Sepuluh hari di kapal mewah Avalon membawa saya pada satu pengalaman baru, puitis dan sentimental sekali. Yang terangkum adalah memori indah, pengalaman yang membekas rasa dan sudut pandang baru tentang gaya hidup berbeza.

Ruang Kapal Eksklusif & Mewah

Pelayaran “Romantic Rhine” oleh Avalon Waterways lazimnya menggunakan kapal sepanjang kira-kira 135 meter (443 kaki) jumlah penumpang sehingga 160 tetamu. Kapal-kapal ini dioperasikan oleh kira-kira 47 kru dan direka lebih kecil berbanding kapal laut yang besar, bagi menawarkan pengalaman pelayaran yang lewah mewah dan intimasi.

Sepuluh hari di kapal mewah Avalon membawa penulis pada satu pengalaman baru, puitis dan sentimental sekali. Yang terangkum adalah memori indah, pengalaman yang membekas rasa dan sudut pandang baru tentang gaya hidup masyarakat berbeza.

Usah risau tentang hidangan makanan. Berganti waktu, siang ke malam - Avalon Waterways menawarkan sesuatu yang lengkap dan memenuhi selera. Ruang restoran cukup mewah. Sarapan pagi di restoran atau hanya di kamar tidur? Itu terserah anda. Apa yang pasti jangan lepaskan hidangan makan malam berhidang eksklusif dengan layanan krew restoran berkelas antarabangsa.

Melewati Sungai Rhine

Sepanjang tempoh panjang ini, membawa saya berawal mengembara di Basel, Switzerland sebelum melalui empat lagi negara iaitu Perancis, Jerman dan Belanda. Sungai Rhine merupakan legena Eropah yang penuh warisan, cerita alam dan sejarah.

Sepanjang kapal berlayar, saya melihat sendiri bagaimana bentuk muka bumi, keindahan alam yang dipenuhi bukit bukau dan kehijauan yang menyuntik emosi yang cukup menyentuh. Benar kata orang kuasa alam itu jika dihayati ia membuat kita semakin merendah diri dan menghargai ciptaan tuhan.

Dari Basel kami menelusuri ciptaan indah perairan ini ke Breisach yang terletak di Jerman dengan pemandangan sayup mata memandang melewati sempadan Perancis yang kaya dengan cerita sejarah. Di sini juga terletaknya pintu masuk utama ke Black Forest yang dikelilingi kehijauan yang tiada tandingannya.

Peluang ke Black Forest tidak saya lepaskan. Melewati cerita sejarah rakyat setempat yang masih utuh menjalani gaya hidup penuh warisan dan kesederhanaan. Di sini tiada tekanan, kehidupan perlahan tetapi ada pengisian dan lengkap. Jauh daripada hiruk pikuk dan kebisingan. Damai ada di sini.

Pelayaran diteruskan ke Strasbourg, Perancis sebagai sebuah pengalaman melewati seni Eropah yang penuh warisan dan cerita menarik. Terkagum melihat ilham Gothic pada batu pasir merah, mural lama serta keindahan seni bina yang cukup memukau.

Peluang berjalan di sekitarnya menemukan saya dengan kafe-kafe kecil yang menarik perhatian, pilihan barang vintaj turut menjadi pengisian sepanjang Le Petite France. Lewati momen berjalan kaki sambil menikmati pemandangan dan angin segar di sepanjang sungai.

Persinggah diteruskan ke Istana Heidelberg yang menjadi daya tarikan utama pelancongan. Pilihan aktiviti diberi jika anda mahu ke Mainz melewati pilihan muzium yang tersedia seperti Muzik Muzik Mekanikal Siegfried atau melewati Rhine Gorge yang cukup berbalut dengan cerita menarik.

Pemandangan luar sepanjang berlayar bersama kapal Avalon menjadi momen yang akan sentiasa tersemat di ruang memori. Seni bina, keindahan bentuk muka bumi sehingga pengalaman dalam kapal yang beriring dalam tidak sedar membawa kepada jalinan persahabatan. Di sini bagai pertemuan pertama menjadi satu ikatan yang cukup rapat sesama pengunjung lainnya.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down