Langgan

Polo Ralph Lauren Raikan Ulang Tahun Ke-10 Butik Flagship di Shaw Centre Dengan Tayangan ‘Very Ralph’

Keindahan sebuah legasi.
2 minit untuk membaca
Published: October 27, 2025

Dalam meraikan ulang tahun ke-10 butik ikonik Polo Ralph Lauren di Shaw Centre, bintang-bintang serantau berhimpun di Singapura untuk tayangan eksklusif dokumentari Very Ralph, sebuah karya yang bukan sekadar menyingkap perjalanan kerjaya seorang legenda, tetapi juga menyelami jiwa di sebalik nama besar fesyen dunia, Ralph Lauren.

Hari Pertama: Tayangan Very Ralph

Disutradarai oleh pembikin dokumentari tersohor Susan Lacy, Very Ralph membawa penonton mengembara ke dalam kehidupan dan visi kreatif pereka yang telah mendefinisikan gaya Amerika selama lebih lima dekad. Lebih daripada sekadar dokumentari, ia adalah sebuah surat cinta kepada impian, cita rasa dan falsafah hidup seorang lelaki yang menjadikan fesyen bukan sekadar pakaian tetapi gaya hidup dan budaya.

Melalui temu bual eksklusif bersama keluarga, sahabat, serta tokoh budaya, Very Ralph memberi pandangan mendalam tentang falsafah dan semangat pelopor yang menjadikan Ralph Lauren legenda yang mencipta bukan sekadar busana, tetapi semangat American dream yang hidup dalam setiap helaian dan ruang yang disentuhnya.

Acara penuh elegan ini berlangsung di kediaman peribadi Eureka Griffin, Singapura, lokasi yang memancarkan DNA Ralph Lauren: anggun, mewah dan timeless. Turut hadir memeriahkan tayangan eksklusif ini ialah Ryujin dari kumpulan ITZY, pelakon China Miles Wei dan Winwin, duo Thailand Jimmy dan Sea, serta penyanyi Indonesia Tiara Andini. Tidak ketinggalan selebriti tempatan Singapura seperti Jeanette AwRebecca Lim dan Desmond Tan, yang turut meraikan legasi serta visi abadi jenama tersohor ini.

Hari Kedua: Polo Ralph Lauren Raikan Sedekad Keanggunan

Keesokan harinya, Polo Ralph Lauren meneruskan perayaan dengan penuh gaya sempena ulang tahun ke-10 butik flagship mereka di Shaw Centre, Singapura. Suasana penuh glamor dan kehangatan menyambut para tetamu, seiring dengan pelancaran baharu fasad butik yang tampil lebih megah dan memukau, tepat pada waktunya menjelang musim perayaan hujung tahun.

Antara aktiviti menarik yang menyerikan acara termasuk personalied embroidery topi dengan inisial tetamu serta kad pos bertulisan tangan, memperlihatkan kehalusan seni dan sentuhan peribadi yang menjadi tunjang identiti Polo Ralph Lauren.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down