Dalam sanubari, tercungkil pilihan hidup. Berbahagi rasa dalam ceruk jiwa kehendak diri. “Should I, or shouldn’t I?” memiliki beg Paddington ini? Bayangkan, terdahulu, pada pertengahan tahun 2000-an, media sosial belum ‘berfungsi’ mencorakkan hidup kita dan sekadarkan cuma melihat gambar Hilary Duff menerusi Google Image, seraya dia menyandang beg tangan Paddington daripada Chloé yang cukup ikonik rekaannya.
Beg tersebut menyala keingintahuan, sementelahan siluet beg Paddington itu yang nampak acuh tak acuh, dilengkapi lagi memangga yang menjadikan ia ikonik, lalu semedang menjadi butir bicara.

Paddington daripada Chloé Adalah 'Must-Have'!
Senario itu memburu kita, menunaskan hasrat untuk memiliki. Bukan sahaja Hilary, bahkan semua bintang milenial menjinjit ia. Contohnya, Mischa Barton, Jessica Alba, Halle Berry. Tidakkah membuatkan kita mahu ‘terjun’ ke dalam bandwagon itu?
Guess what? Beg Paddington daripada Chloé yang direka dan diperkenalkan oleh mantan Pengarah Kreatif Phoebe Philo ini kembali lagi tahun ini. Setelah dua dasawarsa, beg tangan ikonik ini membuat kemunculan.
Sesuatu dari ‘zaman silam’ dijadikan contoh ikutan atau rujukan, menyalin semula inovasinya, lalu dibangunkan sebagai beg mesti milik setiap wanita. Beg Paddington daripada Chloé in mencapai kesempurnaan dalam memelihara sifat mewah dan tifdak menyisi nilai warisannya.
Siluet slouchy terabadi terus, teksturnya pula lembut dengan butiran berilhamkan ekuestrian, beg Paddington mencerminkan keunggulan Maison. Menyentuh tentang butiran memangga yang disempurnakan signature leather – yang melilit permukaan memangga tersebut – mengukir kesedaran yang identiti terpenting beg Paddington dikekalkan.
Hardware lebih ringan kali ini dan konstruksi rekaannya pun lebih refined. Diperbuat daripada material kulit yang amat lembut, menjadikan imej beg Paddington yang baharu ini menyerlahkan citra vintaj.
Di samping itu, pembaharuan lain yang diadaptasikan ke atas beg ini termasuklah perincian zip single dan tali bahu boleh laras yang menambah rasa selesa pabila disandang pada bahu.
Beg Paddington daripada Chloé hadir dalam dua saiz berbeza yakni medium serta kecil dan kini boleh didapati di setiap butik Chloé di Kuala Lumpur.






