Langgan

Antara Asal-Usul Dan Masa Hadapan, Debut Givenchy oleh Sarah Burton

Givenchy Fall-Winter 2025
2 minit untuk membaca
Published: October 22, 2025

“Untuk bergerak ke hadapan, kita perlu kembali ke permulaan. Bagi saya, semuanya bermula di atelier — di situlah jantung dan jiwa Givenchy.” — Sarah Burton

Musim luruh/dingin 2025 ini menandakan bab baharu dalam sejarah Givenchy di bawah arahan Sarah Burton. Pereka fesyen itu yang memperkenalkan koleksi pertamanya sebagai Pengarah Artistik rumah fesyen Paris itu. Ia bukan sekadar debut, tetapi satu penghormatan kepada asal-usul kepada seni pertukangan, kehalusan potongan, dan semangat yang membentuk warisan Givenchy sejak 1952.

Semuanya bermula apabila satu koleksi pola rekaan Hubert de Givenchy ditemui tersembunyi di dalam almari lama di rumah asalnya di 8 Avenue Alfred de Vigny. Pola-pola yang dibungkus dalam kertas perang itu merupakan sebahagian daripada koleksi pertama yang pernah dipersembahkan oleh pengasas maison ini.

Bagi Sarah Burton, penemuan ini menjadi detik magis. Satu momen antara masa lalu dan masa kini. Ia membawanya kembali kepada asas kreativiti sendiri. “Ia naluri semula jadi saya untuk kembali kepada seni potongan, kepada seni pertukangan. It’s what I feel, how I work, and want to do.”

Koleksi Pertama Givenchy oleh Sarah Burton

Koleksi ini memperlihatkan pendekatan yang mendalam terhadap wanita moden hari ini. Lebih kompleks, emosi dan berkuasa dalam kelembutan. Di atelier Givenchy di 3, Avenue George V, Sarah Burton membentuk semula siluet dengan sentuhan moden. Ia memberikan keseimbangan antara struktur maskulin dan keanggunan feminin.

Sarah Burton tidak meniru Hubert de Givenchy, tetapi sebaliknya dia bermain dengan legasinya. Dari kot berbentuk kokon hingga gaun renda Chantilly mikro yang memanjangkan siluet tubuh. Setiap helaian mencerminkan dualiti antara kekuatan dan kehalusan, perlindungan dan pendedahan. Gaun belakang terbuka dan skirt pensil kulit hitam mengembalikan sensualiti klasik dengan keberanian baharu. Skaf dan reben rekaan asal diberi tafsiran baharu dalam kulit berstruktur dan organza lut sinar. Ini termasuk kemeja putih ikonik yang kini tampil sebagai gaun moden yang simbol kebebasan wanita hari ini.

Aksesori Pelengkap Gaya 

Melengkapi busana, barisan aksesori Givenchy musim luruh/dingin 2025 menggoda dengan aura couture. Kasut tampil bagai karya seni seperti tulle mules berlapis lembut, sandal berpintal reben, fetish pumps bertumit kon melengkung, dan ballerina flats berpotongan unik.

Patent loafers bersegi empat memberi tenaga maskulin pada gaya sut, manakala but latex sliced-toe dengan zip belakang membaluti kaki dengan sensualiti berstruktur.

Beg tangan The Pinch dan The Facet pula hadir dalam versi beg kepit dan beg bahu. Dihiasi perincian batu permata mikro dan kemasan logam berkilau yang mengimbangi ketegasan moden dengan keanggunan abadi. Perhiasan kemas pula membawa sentuhan romantik dan nostalgia yang menggabungkan kristal, mutiara dan kaca couture. Ia hadir dalam reka bentuk yang diinspirasikan oleh serpihan lampu chandelier lama. Hasilnya ialah kilauan yang terasa seolah-olah ditemui semula dari dunia silam, namun bersinar segar dalam tangan wanita semasa. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down