ELLE Residences Dubai Islands menandakan satu era baharu dalam dunia kediaman berjenama. Ini dilaksanakan apabila jenama fesyen dan gaya hidup terkemuka dunia kami memperkenalkan projek sulungnya di Timur Tengah bersama ANAX Developments.

Selepas kejayaan menawan pasaran dengan menara kediaman pertama di Miami. Kerjasama antara ELLE, di bawah naungan Lagardère Group dan ANAX Developments membawa visi global moden ke destinasi ikonik baharu. Di sinilah falsafah ELLE yang sinonim dengan keanggunan, ekspresi diri dan sofistikasi budaya diterjemahkan dalam bentuk seni bina yang bergaya.
Harga dan Perincian
Bernilai AED 451 juta dan dijangka siap menjelang suku ketiga 2027, pembangunan ini bakal menjadi mercu di pinggir pantai Dubai. Terletak di destinasi tepi laut paling dinanti di kota tersebut, setiap kediaman menawarkan pemandangan panorama Teluk Arab. Ia juga memberi akses langsung ke pantai serta jarak yang dekat dengan pusat runcit, seni dan rekreasi bertaraf dunia.
Terdiri daripada 91 apartmen dan 7 rumah bandar yang direka teliti, setiap ruang menyeimbangkan privasi dan kelapangan dengan sentuhan gaya. Dari unit satu bilik hingga kediaman empat bilik berkeluasan lebih 4,500 kaki persegi. Setiap reka bentuk menonjolkan gabungan kaca dari lantai ke siling dan teres berbingkai pemandangan laut serta langit Dubai.
Konsep Kediaman
Bahagian dalaman dikonsepkan oleh dua firma reka bentuk ternama antarabangsa — The One Atelier dan ARQUINAUT. Masing-masing membawa kepakaran dalam mencipta ruang yang menyerlahkan naratif fesyen dan seni halus. Sentuhan reka bentuk diilhamkan daripada lima tonggak utama ELLE iaitu fesyen, kecantikan, budaya, gaya hidup dan masyarakat. Konsep ini juga melahirkan kediaman yang terasa seperti helaian majalah yang hidup.

Bayangkan perapian arca, kemasan gangsa dan marmar, pencahayaan berlapis lembut serta karya seni kontemporari yang meraikan semangat kota Dubai. Di sinilah keseimbangan antara kecantikan dan kesejahteraan diangkat. Bermula dari kolam infiniti di bumbung hingga dek yoga, taman berlandskap, spa peribadi dan ruang sosial untuk berhubung dan bersantai.
ELLE Residences Dubai Islands bukan sekadar alamat kediaman. Ia bakal menjadi satu gaya hidup ikonik — undangan untuk “menjadi kisah muka depan anda sendiri.”
Era Baharu
Dengan pelancaran rasmi jualan sejak 26 September 2025, projek ini menandakan permulaan bab baharu dalam pasaran hartanah Dubai. Segalanya dinamik, bergaya dan dipacu oleh semangat fesyen yang menghubungkan dunia.
