Langgan

Marriott Menyingkap Masa Depan Gastronomi di Malaysia

Berkonsepkan Comfort is The New Luxury, Marriott International membuka lembaran baharu dalam dunia kulinari Malaysia.
2 minit untuk membaca
Published: October 15, 2025

Marriott International membuka lembaran baharu dalam dunia kulinari Malaysia. Mereka kini mempertemukan keselesaan, kelestarian dan warisan dalam satu visi masa depan yang mendefinisikan semula makna kemewahan dalam menjamu selera.

Melalui pengalaman gastronomi imersif bertajuk Flavours of the Forgotten di The St. Regis Kuala Lumpur, pelancaran laporan ini berlangsung. Acara ini turut menandakan penyertaan rasmi Malaysia dalam wacana serantau. Ini turut memfokuskan tentang bagaimana penceritaan deria, sumber tempatan dan kemampanan membentuk masa depan hidangan di rantau Asia Pasifik.


Ekspresi Malaysia untuk Masa Depan

Menurut mereka lagi, kajian daripada Future of Food 2026 telah menelusuri perubahan landskap kulinari Asia Pasifik. Kepentingan perubahan daripada menu berteraskan keselesaan dan pengalaman deria, kepada kebangkitan citarasa tempatan serta sumber yang lestari amat penting.

Di Malaysia, transformasi ini sudah mula berakar. Berdasarkan tinjauan ke atas pasukan F&B Marriott International di 270 hartanah di 20 pasaran Asia Pasifik, hasilnya cukup menarik:

  • 68% pengunjung kini lebih memilih hidangan tempatan berbanding sajian antarabangsa.
  • 74% hartanah Marriott di Malaysia menyajikan resipi tradisional menggunakan kaedah warisan.
  • 42% melaporkan peningkatan permintaan terhadap makanan berkonsepkan “comfort food” — lebih tinggi daripada purata serantau iaitu 29%.

Angka ini membuktikan bahawa Malaysia merupakan antara pasaran kulinari paling dinamik di rantau ini. Hal ini dijelaskan dengan pengalaman menjamu selera bukan sekadar tentang rasa, tetapi juga tentang akar budaya, kenangan dan hubungan kemanusiaan.

Flavours of the Forgotten: Menyusuri Akar Rasa Malaysia

Flavours of the Forgotten meraikan keindahan bahan-bahan asli Malaysia seperti ulam raja, daun kaduk, daun pegaga dan kerdas. Semuanya diolah semula secara kontemporari oleh Chef Eksekutif Nor Azizi, hasil kolaborasi bersama BoomGrow, perintis pertanian bandar tempatan.

Hidangan yang diilhamkan bukan sekadar memperkenalkan kembali ramuan warisan, tetapi juga mengangkat keindahan alam sebagai sumber inspirasi. Setiap suapan menjadi naratif — menghubungkan tradisi dengan inovasi, warisan dengan cita rasa moden.

Melengkapi pengalaman malam tersebut ialah Sustainable Marketplace. Satu pameran eksklusif yang menampilkan rakan tempatan Marriott Bonvoy seperti BoomGrow, Brotani, WonderBrew, Limelight dan Korte Chocolate × Hétam+ —. Masing-masing memperlihatkan bagaimana kemampanan, kreativiti dan keaslian mampu wujud seiring dalam dunia gastronomi moden.

Data Yang Menceritakan Cita Rasa Bangsa

Malaysia kini menerajui transformasi digital dalam hospitaliti. 95% hartanah Marriott menguruskan tempahan secara digital dan 84% mengintegrasikan sistem maklum balas serta POS bagi mempertingkat pengalaman tetamu. Media sosial juga terus mempengaruhi cara masyarakat memilih tempat menjamu selera. 84% tetamu di Malaysia kini bergantung pada cadangan dalam talian sebelum membuat pilihan.

Walaupun hiburan dan persembahan menjadi tarikan baharu di banyak negara serantau, rakyat Malaysia tetap berpaut pada yang akrab. Makanan yang menenangkan jiwa, menghubungkan insan dan bercerita tentang asal-usul.

Tema utama laporan Future of Food 2026 “Comfort is the New Luxury” menjadi cerminan sempurna kepada realiti ini. Kemewahan tidak lagi diukur pada formaliti, tetapi pada rasa yang membelai hati, pengalaman yang tulus dan kesedaran yang lestari.

Jika kemewahan dahulu sinonim dengan eksklusiviti dan kesempurnaan, kini ia beralih kepada keaslian dan keselesaan. Setiap hidangan bukan sekadar santapan, tetapi pengalaman yang membangkitkan rasa syukur terhadap bumi, budaya dan insan di sekelilingnya.



ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down