
Substack menjadi obsesi baru generasi kita dalam menampilkan idea, sudut pandang dan bergerak sebagai ruang kreatif mereka. Berawal sebagai satu kolaborasi pemikir budaya Pop dalam satu lembaran berbentuk blog - hari ini Substack menjadi medan untuk ruang visual dan naratif sebuah pemikiran menyatu.
Anda tidak perlu membuka akaun untuk menulis pun untuk membaca pengisian substackers yang lain. Di sini medan untuk mencari idea baru dengan berteras cita rasa dan kecenderungan minat topik tertentu boleh didapati. Pernah terfikir tak jika Blog, Tmblr, Pinterest dan Instagram menjadi satu?
Substack ibarat jurnal editorial dalam talian yang dibentuk mengikut personaliti. Bagaimana anda mencorakkanya terpulang cita rasa individu. It's like MySpace days, di mana profil anda boleh dibentuk mengikut entiti dan identiti pemilik akaun.
Setelah hampir sebulan melanggani Substack, saya semakin dekat dengan idea Substack yang menggerakkan ruang kreatif yang lebih besar manfaatnya berbanding mengikut trend di TikTok atau Reels di Instagram.
Cukup sempurna buat anda yang menghargai penulisan dan visual pada masa yang sama, platform ini direka bagi membentuk satu jalinan hubungan terus antara pencipta kandungan dengan mereka yang melanggan akaun mereka. Apa yang lebih menarik, setiap pencipta kendungan memiliki komuniti mereka yang tersendiri untuk membincangkan tentang isu-isu yang dibangkitkan.
Mula diperkenalkan pada tahun 2017 oleh Chris Best, Hamish McKenzie dan Jairaj Sethi - aplikasi ini asalnya direka sebagai jurnal atau diari dalam talian. Dengan kretiviti digital membenarkan platform ini bertumbuh seiring kreativiti digital.
Why do you need to Substack?
Jika anda seorang yang suka menulis, membaca dan gemar bermain dengan kreativiti visual - ini adalah platform terbaik. Ia mampu metafsir sudut pandang anda menjadi sebuah naskhah editorial digital yang menarik. Bayangkan jika majalah atau zine dalam bentuk Tumblr.
Ia juga memberi ruang untuk anda berada di zon kreativiti sendiri tanpa lagi terlalu bergantung pada apa yang sedang trending. Topik pula bergantung minat, sama ada fesyen, filem, muzik sehingga sudut pandang kemanusiaan dan politik.
Jika anda tidak mahu menjadi pencipta kandungan, platform ini mampu membuka idea-idea baru, radikal dan bergerak sebagai satu kolektif pemikiran. Sebagai penulis, beberapa Notes daripada pencipta kandungan di Substack membantu saya meneroka idea dan menjadikan ia sebagai satu ilham baru.
Substack bagi saya satu platform yang memberi ruang untuk pencipta kandungan berkualiti dan berpengisian ilmu menggerakkan satu kominiti berfikir. Tidak hanya sekadar pengisian kosong berposing depan kamera atau sekadar OOTD tiada berkesudahan.
Bak kata Gulshan Rahman menerusi artikel tulisannya, “Substack is not just a platform. It’s a movement. A rebellion against clickbait. A safe space for deep thinkers.”
