Langgan

Marc Jacobs Rai 'JOY' Untuk Musim Luruh 2025

JOY-Fall 2025
2 minit untuk membaca
Published: October 8, 2025

Marc Jacobs memperkenalkan JOY untuk perayaan sepanjang musim dalam mengangkat seni, gaya dan eskpresi diri yang kreatif. 

Musim luruh ini, Marc Jacobs mempersembahkan JOY, sebuah kempen yang meraikan fesyen sebagai satu bentuk ekspresi diri yang berani dan autentik. Diilhamkan oleh nota landasan Marc sendiri serta falsafah kreatif yang berpaksikan individualiti. Kempen JOY kali ini menggabungkan fesyen dengan seni, pengalaman dan penceritaan. Ia merupakan sebuah perjalanan pelbagai deria yang bakal berkembang sepanjang musim menerusi rekaan produk terpilih, kolaborasi eksklusif, pengalaman imersif serta perkongsian budaya.

Musim JOY bermula dengan pelancaran koleksi musim luruh 2025. Ia memperkenalkan sued mewah, rekaan kasut yang berani, rangkaian beg tangan serba baharu dan helaian sedia-pakai yang menonjolkan gaya tersendiri. Di tengah-tengah koleksi ini adalah The Cristina, beg tangan berstruktur arca yang direka untuk menambah sentuhan elegan moden pada detik harian. Bersama kemunculan 72 Spring Sneaker iaitu kasut sukan berinspirasikan vintaj yang menggabungkan warisan sporty dengan kelembutan feminin. Koleksi pakaian pula direka untuk mencerminkan gaya pelbagai dimensi gadis Marc Jacobs. Dari sofistikasi uptown ke keanggunan urban yang berani.

Kempen JOY Musim Luruh 2025

Diarahkan dan dirakam oleh Nick Newbold serta digayakan oleh Stella Greenspan, kempen ini menyatukan dunia seni dengan semesta Marc Jacobs. Menampilkan muse seperti Mona Tougaard, Xiao Wen Ju dan Diana Silvers, visualnya menyingkap keindahan tulen kota New York. Ia mengubah sudut-sudut tersembunyi bandar itu menjadi momen sinematik penuh gaya.

Disulam indah dalam visual kempen ini ialah interpretasi berani terhadap tema JOY oleh artis seni ternama seperti David Shrigley, Hattie Stewart dan Derrick Adams. Masing-masing membawa lensa kreatif tersendiri, dari jenaka satira hingga pop surealisme yang mencetus imaginasi. Latar belakang yang dinamik ini turut menggoda pandangan terhadap koleksi kapsul eksklusif yang menampilkan helaian edisi terhad hasil kolaborasi bersama setiap artis. Ia mengubah keperluan gerobok fesyen menjadi karya seni yang boleh digayakan dengan penuh keceriaan.

JOY akan terus berkembang sepanjang musim menerusi siri kolaborasi dan acara global. Antaranya acara eksklusif yang diadakan di Kuala Lumpur. Berlokasi di Seibu di The Exchange TRX, acara ini dihadiri barisan selebriti dan pempengaruh media sosial termpatan seperti Yaya Zahir, Venice Min, Johanis Sani, Yazmin Aziz dan ramai lagi. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down