Langgan

Mengamati Adicipta Musim Luruh/Dingin 2025 Dalam Halaman September - 'MULTIDIMENSI'

September is here! Menampilkan 'MULTIDIMENSI'
2 minit untuk membaca
Published: September 18, 2025

Dunia aditif 'MULTIDIMENSI' fesyen yang menerokai sublimasi serta atribut sesuatu karya dan darjah keindahan ilham musim luruh/dingin 2025.

Bulan September menjanjikan jabaran seribu makna yang terkait dalam setiap adicipta yang merangsang suatu penerokaan nilai. Berkalih ke musim luruh/dingin, menandakan prolog sandiwara fesyen dalam mencorakkan inovasi baharu. Bersama dua sosok kembar - Rinna Lau dan Renee Lau - memperlihatkan gaya-gaya yang mengabur sempadan.

multidimensi

ETOS ABADI

Nilai autentik yang mencerminkan integriti menjadi kuasa Donatella Versace dalam membangunkan rekaan-rekaannya.

Pakaian daripada VERSACE

multidimensi

COOL GIRL

Multidimensi gadis yang bebas daripada ketegangan, kenal keunikan kendiri dan melawan gentar. Itulah yang dibangkitkan!

Pakaian, beg tangan dan kasut kesemuanya daripada DOLCE & GABBANA

multidimensi

NILAI ARKIB

Berbetulan dengan kualiti serta kesempurnaan arkib, lalu meronai satu corak penggayaan yang menuai kemudaan dan bold attitude.

Pakaian daripada KENZO. Cincin dan subang telinga daripada CHOPARD.

multidimensi

SUKAN AMERIKANA

Berbicara dengan alam sukan Amerika, sebagai susunan gaya yang melambangkan kekinian si wanita.

Pakaian daripada TORY BURCH. Kasut but daripada LONGCHAMP

multidimensi

FRAGMEN SEJARAH

Retrospektif multidimensi Silvia Venturini Fendi meniti fragmen sejarah 100 tahun. Kedewasaan bersemi menjadi inspirasi.

Pakaian daripada FENDI

NEW ROMANTIC

Umpama satu madrigal pernyataan cinta kepada dunia bukolik, bercampuran dengan aspek neo-gothic untuk mencorakkan rekaan.

Pakaian, tali pinggang dan kasut kesemuanya daripada MAX MARA

PARISIAN SOUL

Mendekati kejatian Paris dan membentuk ia sebagai suatu penghormatan. Ini adalah simbol ekspresi kendiri.

Pakaian, beg tangan dan kasut but kesemuanya daripada LONGCHAMP. 

LANTAI DANSA

Rasa leluasa, lapang longlai dan nilai keseniannya menguasai akal Maximilian Davis. Tercetus suatu keharmonian.

Pakaian daripada FERRAGAMO. Subang telinga dan rantai daripada CHOPARD. Kasut daripada MANOLO BLAHNIK

ANTI-DISIPLIN

Eksplorasi ketelitian formal berbancuh dengan ekspresi spontan. Sifat maskulin dikahwinkan dengan citra feminin sebagai cerminan estetika.

Pakaian kesemuanya daripada EMPORIO ARMANI. Subang telinga daripada CHOPARD

SINEMA ITALI

Bermuat dalam khazanah segala kesejarahan serta pelukisan baharu menterjemahkan transisi idea Sabato de Sarno.

Pakaian, beg tangan dan kasut kesemuanya daripada GUCCI. Subang telinga daripada CHOPARD

LAWAN STANDARD

Standard diubah. Dan memintal kelaziman dalam konteks fesyen, dengan menukar paradigma daripada satu batasan.

Pakaian dan kasut kesemuanya daripada BALENCIAGA. Subang telinga daripada CHOPARD

SIMBOL METAMORFOSIS

Sebelum beredar, Maria Grazia Chiuri bermesra dengan gagasan transformasi. Menyemak kenangan dan warisan jenama.

Pakaian, subang telinga, coker, cincin, beg tangan dan kasut but kesemuanya daripada DIOR. 

KUKUH KEMBALI

Umbi kaki bertumpu kepada pangkal dalam mengukuhkan semula keaslian. Menjadi jalinan cerita Giorgio Armani.

Pakaian dan topi kesemuanya daripada GIORGIO ARMANI

TAPESTRI INGGERIS

Satu eskapisme mengiaskan himpunan musim ini – cengkerama jauh ke buana dingin London dan taman desa Inggeris.

Pakaian, beg tangan, subang telinga dan kasut daripada BURBERRY

COMICAL UNDERSIDE

Apa yang diakal-akalkan oleh Adrian Appiolaza adalah kenakalan dan lucu? Tidak berundur daripada DNA sejati.

Dress daripada MOSCHINO

Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Pembantu penataan gaya : Muzammin Muzlan, Athirah Zahra dan Nuha | Fotografi : Weeyang | Pembantu studio : Aster |
Solekan : Sahir Sabri | Dandanan : Juno Ko | Model : Renee Lee dan Riona Lee | Lokasi : UniKL MIDI

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down