Langgan

Apa Yang Anda Perlu Tahu Di Pelancaran Koleksi UNIQLO : C Musim Luruh/Dingin 2025 di Seoul

Modernity in Motion
2 minit untuk membaca
Published: September 14, 2025

Pengarang Fesyen, Muzammin Muzlan terbang ke Seoul, Korea Selatan dalam meriakan pelancaran koleksi UNIQLO : C oleh Clare Waight Keller untuk musim luruh/dingin 2025 yang turut menyaksikan kehadiran bintang-bintang ternama dari rantau Asia. 

jung yong hwa cnblue

Mula diperkenalkan sejak 2023, UNIQLO : C pantas mencuri perhatian peminat sebagai koleksi paling dinanti setiap musim. Untuk musim kelima ini, Pengarah Kreatif UNIQLO, Clare Waight Keller terus memperhalusi asas rekaan jenama iaitu elegan klasik yang selesa dipakai setiap hari. “Koleksi ini menekankan gerakan dan fungsi — saya mahu menyalurkan prinsip teknikal dalam siluet moden,” katanya.

Koleksi ‘Modernity in Motion’

uniqlo c

Antara tumpuan utama ialah sweatshirt UNIQLO : C kegemaran ramai, dan kini hadir dengan potongan crewneck baharu. Ada juga kemeja cropped berpotongan kepompong dan culottes midi, cukup sesuai untuk transisi dari penghujung musim panas ke musim dingin.

Untuk hari yang dingin, UNIQLO memperkenalkan inovasi HEATTECH Cashmere Blend, di samping pilihan helaian kait dan pakaian outerwear dengan fabrikasi kasmir. Bayangkan rekaan crewneck atau turtleneck berwarna permata mewah, sempurna untuk gaya padu padan yang sofistikated. Dan jangan terlepas teknologi terbaharu, PUFFTECH — jaket ultra-ringan tanpa jahitan, hangat tetapi tetap minimalis chic.

Must-Haves Musim Ini

hwang in youp

Buat wanita, set blazer dan skirt tweed yang penuh pesona feminin, serta kemeja belang leher tinggi yang pernah digayakan Cate Blanchett dalam kempen rasmi. Untuk lelaki pula, jaket rajut zip penuh yang santai tapi lebih refined, serta baju panas leher tinggi tebal yang duduk kemas di garis leher.

Malam Eksklusif di Seoul, Korea Selatan

Pelancaran koleksi ini turut dihiasi dengan kehadiran nama-nama besar dari Korea Selatan. Antaranya Hwang In-youp, Yuri (Girls’ Generation), Jung Yonghwa (CNBLUE), Arin (Oh My Girl), serta Isa dan Sumin (STAYC). Daiyan Trisha, Jack Gohr dan Joe Shiang pula wakil Malaysia yang hadir ke acara kali ini. Mereka semua tampil penuh bergaya dalam helaian baharu UNIQLO : C dan berpeluang bertemu Clare Waight Keller secara peribadi.

Selain parti pelancaran yang meriah, ELLE juga dibawa menelusuri dunia kreatif Clare melalui pameran lakaran asal, dan pilihan fabrikasi. Serta koleksi penuh dalam suasana imersif yang benar-benar menghidupkan visinya.

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down