Acara tahunan yang dinanti-nantikan akhirnya kembali. Dari pentas Apple Park di Cupertino, Apple mempersembahkan barisan gajet terbaharu, diterajui oleh siri iPhone 17, AirPods Pro generasi baharu, serta model Apple Watch paling canggih setakat ini.
iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max

iPhone 17 Pro dan Pro Max menampilkan fesyen dan fungsi, dipacu oleh prestasi berkuasa tinggi. Reka bentuknya kekal sleek dan berani, tersedia dalam tiga rona baru: oren, biru, dan perak. Dengan Ceramic Shield 2 yang dipertingkat, kedua-dua bahagian hadapan dan belakang kini dilapisi material yang tiga kali lebih tahan calar, menjadikannya tahan lasak tanpa mengorbankan reka bentuk.
Sistem kamera Fusion tiga lensa 48MP memberi anda lapan lensa dalam satu peranti, termasuk 8x zoom yang menyaingi kamera profesional. Sementara itu, Centre Stage Front Camera 18MP memastikan selfies anda sentiasa tampil perfect, dengan pembingkaian automatik yang mengekalkan anda in the frame. Di sebalik reka bentuknya, cip A19 Pro menjadi nadi kepada kepantasan luar biasa, daripada penyuntingan AI yang lancar hinggalah rakaman video sinematik. Dengan Mod Kuasa Adaptif iOS 26, iPhone 17 Pro menawarkan sehingga 30 jam video playback bersama pengecasan sehingga 50 peratus hanya dalam 20 minit!
iPhone 17

Model standard juga hadir dengan pesona tersendiri. iPhone 17 menampilkan paparan Super Retina XDR 6.3 inci dengan ProMotion, membawa visual lebih terang, fluid scrolling dan kecekapan tenaga yang dipertingkat. Dalam fotografi, sistem Fusion dwi-lensa 48MP yang dinaik taraf kini merangkumi Telephoto 2x dan lensa Ultra Wide baharu. Kamera hadapan pula memperkenalkan sensor segi empat pertama pada iPhone dengan lensa Centre Stage 18MP yang meluaskan pandangan serta menggunakan AI untuk auto-frame gambar atau panggilan video secara pintar. Fungsi Dual Capture membolehkan rakaman serentak menggunakan kamera hadapan dan belakang, memberi perspektif kreatif baharu.
iPhone Air
Untuk mereka yang mencari kuasa setaraf Pro dalam bentuk lebih ringan, iPhone Air menjawab keperluan itu. Dibina daripada titanium, ia menawarkan rekaan nipis, tahan lasak dan cukup canggih. Kamera belakangnya berfungsi seolah-olah empat lensa dalam satu, sementara kamera hadapan Centre Stage menambah kelebihan dalam merakam detik depan dan belakang secara serentak.
AirPods Pro 3

Ciri Active Noise Cancellation kini dua kali lebih berkesan menyingkirkan bunyi bising berbanding sebelumnya, manakala reka bentuk ergonomik memberikan keselesaan dan kestabilan tambahan. Dan buat pertama kali, AirPods Pro 3 mampu menjejak kadar denyutan jantung ketika bersenam, disepadukan dengan aplikasi Fitness merentas lebih 50 aktiviti. Tambahan pula, ciri Live Translation membuka jalan untuk perbualan pelbagai bahasa secara langsung.
Apple Watch Series 11

Lebih nipis, anggun dan moden, jam ini ibarat perhiasan minimalis di pergelangan tangan anda, namun dengan fungsi luar biasa. Ia mampu menjejak pola tidur, mengesan tekanan darah tinggi dan menyesuaikan diri dengan setiap pergerakan anda. Dilengkapi Ion-X glass dua kali lebih tahan calar dan hayat bateri sehingga 24 jam.
Apple Watch Ultra 3
Dengan paparan terbesar pernah ada pada Apple Watch, 1Hz Always-On Refresh Rate, GPS paling tepat dalam kelasnya, serta hayat bateri 42 jam (sehingga 72 jam dengan Low Power Mode), ini adalah jam bagi si adventurer. Sama ada mendaki gunung atau berjalan di bandar, ia adalah peralatan prestasi dan juga aksesori berkuasa.
Apple Watch SE 3

Accessible and affordable, ia dilengkapi dengan ciri-ciri seperti skor tidur, pandangan ovulasi, serta pengesanan suhu pergelangan tangan. Jam ini tampil sebagai sekutu kesihatan yang ringkas namun tetap bergaya. Paparan Always-On, pengecasan pantas dan kawalan gerak isyarat intuitif menjadikannya mudah digunakan.
