Langgan

Siti Saleha, Amber Chia Jinjit Aigner Portami – Adakah Ini ‘Bag of the Season’?

Beg Aigner 'Portami' adalah beg mesti milik musim ini.
2 minit untuk membaca
Published: September 3, 2025

Cerita keintiman yang mengecap rasa seperti punya sahabat yang mengiringi hari-harinya – dalam kamus Aigner, itulah yang termaksud. Mengutip nama ‘Portami’ yang asalnya daripada perkataan Itali, membawa makna “accompany me”, untuk diserasikan dengan aksesori harian sebagai penyempurna gaya. Siti Saleha, Amber Chia, Whulandary, Nia Atasha… you name it, semua sudah memilikinya!

siti saleha

Praktikal? Ya. Serba ringkas dan stylish? Ya. Perihal intim itu tidak berselindung di sebalik rekaannya. Aigner memperkenalkan beg tote baharu yang tercipta khusus untuk melengkapi citra penampilan, bersatu dengan matlamat peranannya menjadi ‘peneman’ gaya. Menamakan ia ‘Portami’, sealiran senada dengan simbol kesetiaan atau semangat berpasukan. 

Crafted in style. Siluetnya tak usang dek zaman. Merupa bentuk klasik sesebuah beg tote. No nonsense shape. Ruangnya ‘selesa’ untuk penyimpanan barang dan penyerasian pemakaiannya dengan apa jua penampilan jua tidak mengusutkan fikiran. Tak hairan beg ini, kami kira, tersenarai dalam ‘mesti ada’ musim ini! Seperti apa yang Siti Saleha tulis dalam suapan Instagram-nya, “Ideal for everyday use.”

siti saleha

Daripada Siti Saleha Sehinggalah Amber Chia, 'Portami' Semestinya "A Must-Have"

Oh, bukankah telah kami nyatakan beg Aigner ‘Portami’ ini malah melambangkan tuah yang baik? Bentuk ladam kuda huruf ‘A’ logo bukan sekadarkan cuma elemen rekaan semata, ia merangkumkan erti harapan untuk keberuntungan serta semangat positif. Makanya, beg ‘Portami’ sarat dengan makna. 

Tentang Elemen Rekaan ‘Portami’ Melanjutkan bicara fasal Aigner ‘Portami’ adalah cetakan motif ikonik Mosaico yang dihidupkan kembali daripada ilham motif hari bernama buat Aigner – motif yang mula diperkenalkan ketika ulang tahunnya ke-50, pada tahun 2015, namun motif logo pada ‘Portami’ ini hadir dengan suntikan modern twist. Kemasan material kulit lembu membuatkan ‘Portami’ nampak mewah pada pandangan dan memiliki aspek daya ketahanan tinggi. Beg tote ini malah muncul dengan butiran kancing berzip (keunikan ‘Portami’ kerana tidak memimik beg tote lain yang lazimnya tidak mempunyai zip) dan… ronanya adalah simbahan palet signature jenama Aigner, yakni Burgundy dan Port Red. 

Amber Chia
Whulandary
Nia Atasha

Tiga saiz versatil tersedia untuk setiap acara – Saiz kecil, medium dan besar, baik untuk gaya kasual hujung minggu mahupun untuk pergi bekerja. 

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down