Langgan

Julia Roberts dan Amanda Seyfried ‘Berkongsi’, Menggayakan Versace Rekaan Debut Dario Vitale!

Dario Vitale 'hint' rekaan Versace yang bakal dipersembahkan?
2 minit untuk membaca
Published: September 2, 2025

A whole new chapter. Julia Roberts dan Amanda Seyfried, kedua-duanya diundang ke Venice Film Festival. Dan konsentrasi kita bertumpu kepada gaya blazer oversized yang dipakai oleh mereka berdua, hasil rekaan Dario Vitale untuk Versace. Ada yang berseloroh, kata Julia dan Amanda saling “meminjam” blazer dan the whole look. Gaya setanding imej maskulin, semi formal… apakah Versace ‘preview’ apa yang bakal dipersembahkan oleh Dario Vitale nanti?

Julia roberts

Donatella Versace bertaruh masa kerjanya mengepalai jenama Versace dan pada bulan April lalu, Dario Vitale dilantik sebagai Ketua Pegawai Kreatif baharu. Dario, mantan Pengarah Rekaan untuk jenama Miu Miu, akan mempertontonkan sebarisan himpunan Versace secara eksklusif pada hujung bulan ini di Milan dan pengolahannya beralih cara. Bukan diperagakan di atas pentas peragaan biasa atau secara trasidional. Jelasnya lagi, himpunan debut ini menyanjung sejarah dan merangka visi masa hadapan. 

Menganalisis apa yang dipakai oleh Julia Roberts dan Amanda Seyfried ketika photo call di Venice Film Festival minggu lalu mengisi kotak fikir kita, “Adakah ini ‘petunjuk’ kepada kita yang ini adalah contoh-contoh rekaan Dario Vitale nanti?” Dario umpama menyenangi imej maskulin – kedua-dua Julia dan Amanda mengayakan blazer bersaiz besar, bersama kemeja longgar bercorak jalur menegak dan seluar jean dengan tali pinggang bergancu emas. 

Julia roberts

Julia Roberts & Amanda Seyfried 'Berkongsi'!

Era baharu Versace? Mungkin juga. Simbol kewanitaan glamor Versace ‘berjarak’ jauh daripada kelaziman Versace, sebaliknya mengadaptasikan improvasi. Julia menyempurnakan look tersebut dengan kasut Vienna 95 serta beg tangan bergancu logo Medusa. Amanda pula menyarung gaya yang sama atau serupa, namun tak kelihatan dia menjinjit apa-apa untuk melengkapi penampilannya. Sejujurnya, apa yang berlaku di sebalik kisah ‘gaya sama’ ini? Benarlah gurau senda itu, Amanda sememangnya meminjam pakaian yang sama dipakai oleh Julia!

Mereka berdua ditata oleh penata gaya yang sama yakni Elizabeth Stewart. Dan pabila Elizabeth memuat naik gambar styling Julia di Instagram, Amanda meninggalkan komen, “Please let me wear the same outfit.” Elizabeth malah memuji sikap kelapangan hati Julia yang tidak berkira dan melihat hal ini sebahagian daripada aspek fashion sustainability. 

Julia roberts
Gaya custom kedua Julia Roberts oleh Dario Vitale untuk Versace

Menyambung bicara fasal Julia, di samping look maskulin tersebut, dia malah berganti gaya dan menyarung satu lagi rekaan Versace – yakni dress panjang berona hitam rekaan Dario, yang menampilkan motif Damier. Dress labuh yang menudungi lantai ini adalah handcrafted dan menggunakan material crepe de chine. 

Jadi, sekali lagi... adakah kedua-dua look ini adalah petunjuk daripada Dario dan apa yang bakat dipersembahkan olehnya untuk himpunan Versace nanti?

ADVERTISEMENT
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down