Melantasi lokal, untuk merapati jurang ke puncak glokal. Setiap curahan kreatif dipedulikan. Demi membidik mayapada fesyen Malaysia berpaling kepada kedinamikan. Halaman ini terisi satu apresiasi buat sekelompok kreatif lokal!
Bersempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan, ELLE Malaysia laung rasa bangga dan menjulang karya-karya kreatif lokal. Apresiasi buat pereka-pereka fesyen Malaysia dan mendekati kesenian serta taraf kehebatan mereka dalam mewarnai dunia kita!

“Menerusi siluet dan struktur rekaan, saya menghidupkan bentuk yang sering diabaikan dunia.”
Rekaan DIKSON MAH. Anting-anting milik penata gaya.

“Kami bersemangat dalam mencipta rekaan berkualiti dan tahan lama, yang benar-benar menyentuh hati pelanggan kami – perhiasan yang mereka pakai setiap hari.”
Anting-anting JEWELLERY BY KIN. Pakaian daripada DIKSON MAH

“Kami mengembangkan budaya, memperkenalkan perspektif baharu terhadap tradisi.”
Pakaian daripada BEHATI. Kasut milik penata gaya

“Himpunan musim bunga/panas 2018 kami menjadi detik terpenting, melambangkan titik perubahan besar ke arah reka bentuk yang lebih eksperimental dan inovatif.”
Pakaian daripada KIT WOO. Kasut daripada MACHINO

“Saya tidak menoleh hasil kerja saya setelah siap, saya sentiasa melihat ke hadapan.”
Pakaian daripada ABU SHAEF HAMZA. Anting-anting daripada BREMEN WONG

“Seandainya ia tidak mengundang persoalan… it is just clothes.”
Pakaian daripada MASYADI MANSOOR
“Memperkasa wanita untuk menyedari kekuatan yang mereka miliki apabila mereka bergaya, tampil yakin.”
Kasut daripada MACHINO

“Matlamat kami adalah untuk membanggakan Malaysia, one dress at a time.”
Pakaian daripada RIZMAN RUZAINI. Anting-anting dan pantai daripada JEWELLERY BY KIN

“Memberi perhatian kepada sesuatu yang bermakna, seraya mengukuhkan akar umbi kami.”
Pakaian daripada ALIA BASTAMAM. Anting-anting daripada BREMEN WONG

“Detik terpenting Mimpikita – apabila membuka butik pertama di TRX. Ia melambangkan permulaan bab baharu Mimpikita. Pengalaman itu membawa rasa teruja dan bangga, pada masa yang sama mendorong kami untuk berkembang.”
Pakaian daripada MIMPIKITA

“Dengan setiap rekaan yang kami hasilkan, mesej saya jelas: untuk memperkasakan wanita – agar mereka berasa yakin, cantik dan tak dapat dilupakan.”
Pakaian daripada KHOON HOOI. Anting-anting dan pantai daripada JEWELLERY BY KIN

“Saya tidak tergesa-gesa — karya saya bukan pada ‘destinasi’, tetapi pada maklum balas.”
Pakaian daripada BREMEN WONG

“Lebih lantang, lebih berani”
Pakaian, beg tangan dan kasut daripada NAZIFI NASRI. Gelang tangan daripada JEWELLERY BY KIN
“Jangan biar orang tentukan apa yang kamu patut pakai! Luahkan diri kamu dengan lebih bebas. Percayalah cakap saya.”
Tali leher daripada DBLA

“Karya saya meraikan kekuatan dan keindahan terbuni dalam struktur kemanusiaan yang kita kongsi bersama.”
Pakaian daripada JUWITA RAHMAT

“Bukan sekadarkan pakaian, tetapi bait-bait kebenaran – ‘ditulis dengan benang, dipakai selamanya’.”
Pakaian daripada JUSTIN YAP
Penataan gaya : Ardi Idewani | Arahan seni : Iera Nadzlim | Pembantu penataan gaya : Nuha Adam | Fotografer : Eric Chow (Blink Studio) | Pembantu studio : Tommy Chu | Solekan : Chu Fan | Dandanan : Fion | Model : Shika (KICG Models)
