Terletak di kawasan elit Sudirman Central Business District (SCBD), hotel The Langham, Jakarta adalah simbol kemewahan elegan. Hanya berjarak 650 meter dari Stesen MRT Senayan dan 30 minit ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, lokasinya amat strategik bagi pelancong dan tetamu profesional.
Hotel ini mempunyai Sky Lobby di aras 62 yang menampilkan gabungan seni bina kontemporari Inggeris klasik dan sentuhan estetika moden Jakarta.
Di lobi utama hotel juga, terdapat lampu candelier kristal ikonik rekaan Lasvit. Lampu gah yang menjadi menjadi simbol grandeur itu terdiri daripada 1,800 kaca berbentuk rama-rama buatan tangan. Keberadaannya indah seakan bintang suria merentasi meridian.

Mempunyai sebanyak 223 pilihan bilik serba luas dan bervariasi, termasuk Presidential Suite seluas 336m². Setiap satu bilik di The Langham direka dengan pemandangan kota, tab mandi dan sentuhan dalaman ala British.
Fasiliti premium lain yang tersedia merupakan kolam renang langit tertinggi Jakarta dan Chuan Spa yang menawarkan gabungan rawatan tradisional Cina dan moden. Selain itu, terdapat salon lelaki Barberia untuk tetamu yang memerlukan khidmat tersebut.

Pengalaman gastronomi eksklusif juga tersedia di hotel dengan aneka pilihan:
- Tom’s by Tom Aikens (masakan ala barat British-Eropah)
- T’ang Court (restoran fokus Kantonis bertaraf Michelin)
- Morimoto Jakarta (sajian Jepun mewah dan kuisin Asia)
- ALICE (hidangan klasik Perancis termasuk kafe)
- Artesian Bar (bar atas bumbung ikonik untuk bersantai)
Semua restoran dan bar tersedia sudah tentu memudahkan tetamu hotel ini untuk tidak perlu keluar mendapatkan makanan. Semuanya lengkap di bawah satu bumbung!

Hotel yang dikenali dengan layanan mesra staf mereka ini, sesuai untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Dengan ruang acara mewah seluas 2,100m² dan pelbagai kemudahan lain disediakan buat para pengunjung, The Langham, Jakarta bukan sekadar hotel penginapan — ia destinasi gaya hidup dan simbol hospitaliti berkelas dunia.
Layari www.langhamhotels.com untuk lebih info.
