
Sejak mula diperkenalkan awal Julai ini, Samsung sudah menemukan ikon baru bagi menwan kegilaan penggemar teknologi dan gajet terkini. Samsung Galaxy Z Flip7 diperkenalkan dengan ciri-ciri baru yang pastinya menawarkan keterujaan berterusan.
Perkara pertama yang mungkin menarik perhatian saya tentang Samsung Galaxy Z Flip7 ini adalah FlexWindow yang ditambah baik. Skrin penutup yang kini meliputi seluruh permukaan hadapan memberi dimensi yang lebih luas.
Bezel pada kameranya dikecilkan skalanya sehingga 68 peratus bari memberi ilusi visual yang lebih dampak pada penggunaannya. Apa yang lebih mengujakan, FlexWindow yang ada pada edisi ini menjadi antara yang paling terang tanpa mengubah radar kelancaran skrin. Apa yang anda akan dapatkan kali ini adalah gerakan lebih sempurna.
GENERASI AI
Apa yang lebih menarik tentang penghasilan terbaru ini adalah FlexWindow yang kini tampil dengan multi-fungsi. Ia boleh diubah suai dengan hasil kepintaran Galaxy AI. Diperkenalkan Now Bar yang tidak hanya sekadar skrin paparan tetapi ia berfungsi memahami keperluan anda.
Aktiviti aplikasi masa nyata dan notifikasi penting kini terpampang terus di skrin penutup, malah turut disepadukan dengan lebih banyak aplikasi lainnya.
Apa itu Now Brief?
Now Brief adalah ciri pintar yang diperkenalkan dalam Galaxy Z Flip7 melalui sokongan Galaxy AI. Ia berfungsi sebagai pembantu peribadi yang memberikan info ringkas mengikut kesesuaian jadual penting seharian anda.
Antara kandungan yang dipaparkan dalam Now Brief adalah:
- Maklumat trafik ke destinasi seterusnya
- Info kalendar
- Notifikasi penting
- Ringkasan aktiviti kecergasan
- Cadangan kandungan seperti muzik dan video mengikut trend senarai main.
Apa itu Now Bar?
Satu lagi ciri terkini yang diperkenalkan dalam Galaxy Z Flip7 — sejenis bar interaktif pada FlexWindow (skrin penutup) yang berfungsi sebagai paparan maklumat masa nyata.
Fungsi utama Now Bar adalah:
- Penunjuk aktiviti aplikasi secara langsung (Contoh: lagu yang sedang dimainkan atau status lainnya)
- Pemberitahu notifikasi penting
- Membolehkan anda melihat maklumat seperti masa ketibaan e-hailing, ststus order atau ringkasan cuaca.
- Diselaraskan juga dengan penggunaan aplikasi lain bagi pengalaman yang lebih menyeluruh.

RONA DALAM NADA SLEEK
Samsung Galaxy Z Flip7 datang dengan pilihan warna yang mengena dengan setiap personaliti. Pilih sama ada Jetblack, Blue Shadow dan Coralred. Bagi yang mahukan pilihan warna terhad, Mint anda boleh dapatkan di Samsung.com.
Tiada lagi kegusaran akan bateri yang lemah. Dengan peranti terbaru ini, Samsung memberikan kuasa tambahan yang mencukupi untuk anda melayani filem di telefon pintar ini tanpa resah bateri kehabisan.
Anda boleh menstrim muzik atau mendengar podcast dalam jarak jauh sambil menyunting foto secara spontan atau video tanpa gangguan.
