Langgan

Mendasari The Future of Denim Bersama GUESS JEANS

Peneraju denim berkualiti.
2 minit untuk membaca
Published: July 18, 2025
Pameran "The Next 40 Years of Denim" diadakan di Shibuya

Dunia denim GUESS JEANS sudah melayari satu perjalanan panjang selama empat dekad lamanya. Evolusi sudah dicipta seiring perkembangan teknologi, telah banyak yang dihadirkan sebagai satu peralihan dalam penciptaan yang memaksimakan mutu dan kualiti.

Biar begitu, jenama ini tidak hanya mahu beradaptasi dengan teknologi semata-mata, keunikan pada rekaan juga menjadi keutamaan. Atas faktor ini juga menjadikan GUESS JEANS bertahan selama empat puluh tahun lamanya dalam memberikan satu pengalaman istimewa buat pengguna mereka.

ELLE Malaysia diterbangkan ke Tokyo awal Julai lalu untuk melihat sendiri revolusi denim yang dibawakan jenama ini. Satu pameran "The Next 40 Years of Denim" diadakan di Yodobashi J6, Shibuya membawa saya bersama beberapa delegasi media lain seluruh Asia mendasari dan memahami entiti jenama ini.

Acid Wash salah satu teknik awal dalam penghasilan GUESS JEANS

Evolusi Penciptaan

Pengalaman yang cukup unik yang ditawarkan di pameran ini membuktikan bahawa penyatuan warisan, inovasi dan kelestarian mampu mendepani satu masa depan baru dalam penciptaan. Ini adalah satu permulaan baru GUESS JEANS untuk dikemudi empat puluh tahun mendatang.

Di sebalik transformasi ini tercipta Guess Airwashâ„¢ iaitu teknologi yang dibangunkan oleh Jeanologia bagi menggantikan teknik Stonewashing yang digunakan sejak awal jenama GUESS JEANS diperkenalkan.

Hanya dengan menggunakan transformasi udara, cahaya dan Nanobubles - ia mengurangkan penggunaan air sehingga 80 peratus dan mengelakkan penghasilan bahan kimia yang berbahaya. Apa yang pasti ia mampu mengekalkan rupa dan bentuk asal jean yang dihasilkan.

Ruang pameran ini turut memperlihatkan kepelbagaian fabrik denim yang digunakan.

Pembukaan Stor Baru GUESS JEANS

Bersempena dengan sambutan empat dekad ini juga tidak hanya membawakan pengunjung pada pengalaman mendekati sejarah jenama ini namun turut melancarkan satu stor flagship terbaru di Shibuya.

Nicolai Marciano, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan Baru berkata "Pelancaran menjadi detik penting dalam memberi evolusi jenama kami. Jepun sentiasa menjadi pusat yang cukup besar pengaruh budaya dan tenaga kreatif. Ia seiring visi dan semangat kami."

Park Seo Jun di acara pembukaan GUESS JEANS Shibuya

Aktor popular Korea Selatan, Park Seo Jun dan Rapper yang juga duta global jenama ini Zico antara yang menghadirkan diri di acara pameran dan malam pembukaan stor flagship jenama ini.

Zico dalam ucapannya berkata ini menjadi satu penghormatan baginya untuk bekerjasama dengan GUESS JEANS dan melihat revolusi jenama ini seiring dengan peredaran zaman adalah sesuatu yang baik.

Mewakili Malaysia, dua selebriti wanita ternama Amelia Henderson dan Eyka Farhana turut dibawa bersama merasai pengalaman dan mendekati sejarah serta cerita di sebalik kejayaan jenama ini.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down