Emmys kembali lagi buat tahun ke-77! Anugerah yang bakal berlangsung pada 14 September 2025 tahun ini menyaksikan Apple TV+ mencipta kejutan besar apabila siri distopia hit mereka, 'Severance' muncul sebagai peneraju utama sebanyak 27 pencalonan.

Disusuli pula dengan 'The Penguin' dari HBO Max dengan sebanyak 24 pencalonan. Manakala 'The Studio' dan 'The White Lotus' masing-masing meraih 23 pencalonan, meletakkan persaingan sengit dalam kelas tersendiri.

Di sebalik pencalonan besar, landskap penstriman terus mendominasi carta pencalonan. HBO Max mencatat rekod baharu sebanyak 142 pencalonan, diikuti Netflix (120) dan Apple TV+ (81). Terbukti platform dunia TV hari ini milik penstriman digital.
Dari sisi produksi pula, Warner Bros. Television Group pula muncul sebagai studio paling mendominasi tahun ini. Meraih sebanyak 60 pencalonan, mengukuhkan lagi statusnya sebagai gergasi hiburan global.
Hari anugerah yang dinanti-nantikan ini akan dihoskan oleh pelawak Nate Bargatze sebagai pembawa acara dan disiarkan secara langsung di CBS. Antara barisan pengumum barisan pencalonan tempoh hari adalah Brenda Song (Running Point) dan Harvey Guillén (What We Do in the Shadows).
Dengan senarai pencalonan dan barisan bakat hebat yang glamor – Emmys 2025 bakal menjadi anugerah yang tentunya memberi saingan dan berpotensi mencuri tumpuan seperti tahun sebelum ini!
